Saturday, May 30, 2009

ADUN UMNO TERENGGANU ISYTIHAR BEBAS?

sumber: http://hambali1.blogspot.com/2009/05/adun-umno-terengganu-isytihar-bebas.html

Sunday, May 31, 2009

(Sembang Ahad)

Hari ini atau esok, mungkin juga lusa… Begitulah dunia politik adanya.

Jeng…jeng…jeng…akan ada sesuatu yang mengejutkan? Akan berubahkan landskap politik Terengganu?

Atau dengan perkataan lain, akan adakah lagi gerakan untuk menggantikan Menteri Besar Terengganu?

Ada satu blog mengatakan “tanggal 31 Mei … dinantikan penuh debar. Mungkinkah sesuatu yang mengejutkan akan berlaku selepas tarikh itu?”

Apa pun, rupa-rupanya seperti disebutkan oleh beberapa blok orang politik Terengganu, isu Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu belum selesai walaupun Datuk Seri Hishamuddin Hussein sudah mengatakan ia selesai.

Pertemuan di Putrajaya yang diatur oleh Hishamuddin baru-baru ini rupa-rupanya menyemarakkan lagi kemarahan kumpulan tertentu – Datuk Ahmad Said masih tercegat sebagai Menteri Besar. Bak kata Ahmad Said sendiri, “saya masih di sini”.

Apakah yang dikatakan akan mengejutkan itu?

Kalau tidak balik ke Kuala Lumpur, banyak perkara di Terengganu saya tidak ketahui. Saya akui dengan berada di keliling penyokong Ahmad Said, saya kurang maklumat.

Namun, apabila duduk dengan beberapa blogger Kuala Lumpur dan sesetengahnya berasal dari Terengganu, maklumat lebih banyak dan semakin meluas.

Dengan kata lain apabila saya ‘lompat dari bawah tempurung’, saya mengetahui lebih banyak apa yang dilakukan oleh mereka yang menentang Ahmad Said.

Persoalannya, benarkah akan ada yang mengejutkan selepas 31 Mei (hari ini), esok dan lusa?

Ura-ura atau khabar angin begitulah.

Khabarnya – betul atau tidak belum dapat dipastikan - akan ada Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional (BN) dari UMNO akan mengisytiharkan dirinya bebas.

ADUN ini dikatakan memang terkenal lantang menentang Ahmad Said dan beberapa kali menyuruh beliau ‘berhenti atau turun sahaja’ dari jawatan Menteri Besar.

Kata-katanya itu bagaikan Ahmad Said ‘naik’ jadi Menteri Besar’ kerana Ketua Bahagian UMNO Kemaman itu mengisytiharkan dirinya sendiri.

Beliau menyuruh Ahmad Said berhenti bagaikan Ahmad Said yang melantik dirinya. Sedangkan hakikatnya, Ahmad Said jadi Menteri Besar kerana:

Dipersetujui oleh istana;
• Diperakukan oleh Majlis Tertinggi UMNO;
• Diterima oleh Presiden UMNO dan Timbalan Presiden; serta
• Diperakukan oleh semua ADUN BN, termasuk oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (kerana itu beliau hadir pada majlis angkat sumpah).

Berbalik kepada ura-ura ada ADUN UMNO akan isytihar sebagai ADUN Bebas, khabarnya selain yang seorang ini, ada tiga yang lain akan menurut jejaknya.

Mereka ini dikatakan lantang seperti ketuanya mendesak Ahmad Said berundur dan tidak putus-putus memperkecilkan Ahmad Said.

Persoalannya, jika benar akan berlaku keadaan ini, apakah Ahmad Said akan kecundang?

Yang pasti, mereka yang mengisytiharkan mereka calon Bebas dengan sendirinya keluar dari UMNO.

Apakah mereka ini sanggup melakukannya selepas menjalankan pelbagai usaha untuk menegakkan UMNO kembali teguh selepas kalah pilihan raya umum 1999?

Juga apakah mereka bersedia melepaskan segala ‘kesenangan’ yang disumbangkan oleh UMNO selama ini?

Yang keduanya, akan ada hukuman untuk mereka – kerana mensabotaj parti dan kerajaan negeri yang akan memungkinkan kepada pembubaran DUN.

Persoalannya, benarkah rakyat menolak Ahmad Said atau hanya kerja kumpulan yang mahu menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar?

Dan jika diadakan pilihan raya baru, apakah kumpulan yang mengisytiharkan diri mereka Bebas akan menyokong pembangkang?

Juga apakah jika mereka bertanding semula, rakyat akan memilih mereka?

Ketika ini DUN Terengganu ada 32 kerusi. BN 24 kerusi dan PAS lapan kerusi.

Kalau benar empat ADUN ini keluar daripada BN dan mengisytiharkan diri mereka Bebas dan menyatakan sokongan kepada PAS, bermakna mereka bersama PAS memiliki 12 kerusi.

Pembangkang belum dapat majoriti dan YAB Dato’ Ahmad bin Said tidak perlu meletakkan jawatan.

Ini bermakna, kalau empat ADUN itu keluar UMNO dan mengisytiharkan diri mereka bebas, belum pasti mereka akan menang.

Mungkin rakyat turut meluat tengok gelagat mereka.

Mungkin ada kerusi yang akan jatuh ke tangan pembangkang tetapi tidak semua kerana Ahmad Said menunjukkan beliau adalah pemimpin rakyat, selain mendapat sokongan padu pucuk pimpinan parti dan istana.

Tunggulah sejauh mana benarnya berita berkenaan. Bagaimanapun jangan menghukum saya membawa berita palsu atau sengaja membuat serkap jarang, kalau tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mungkin ketika ini mereka yang bercadang melakukan tindakan ini sedang memikirkannya semula. Kenapa? Beranikah mereka hilang dan kalah semuanya?

Apapun, saya sebenarnya amat berharap ura-ura kejadian seperti ini tidak akan berlaku. Ia tidak baik untuk UMNO, diri mereka dan rakyat Terengganu khususnya.

Tetapi jika jadi juga…banyak pihak akan merana, termasuklah mereka yang merangka dan merencana program yang bersifat derhaka, mensabotaj UMNO dan kerajaan negeri yang jelas bersifat sia-sia kerana sukar untuk Ahmad Said jatuh seperti nangka buruk.

Ahmad Said adalah pemimpin dan pejuang. Dia tidak mudah menyerah kalah apa lagi di pihaknya ada rakyat dan istana.

Di situlah kekuatan sebenar Ahmad Said walaupun sejak setahun lalu diuji dengan pelbagai cara dan ‘senjata’!

Sphere: Related Content

Thursday, May 28, 2009

YANG TAK SERUPA DAN TAK SAMA

Prinsip Asas Raja Berpelembagaam dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Negeri-negeri di Malaysia ialah apabila parti politik yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan dan salah seorang ADUN daripada parti memerintah akan dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan menjadi Menteri Besar.

PM dilantik dari kalangan Ahli Parlimen daripada parti yang mempunyai majoriti di Dalam Dewan Rakyat

Contohnya di Perak, keputusan PRU 12, BN 28 kerusi dan PR 31 kerusi. PR telah membentuk kerajaan Perak. DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah melantik salah seorang ADUN PR daripada PAS iaitu YB. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

MB Perak yang dilantik daripada kalangan ADUN PR yang mempunyai kerusi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak ketika itu

Apabila 3 ADUN dari parti memerintah (2 Adun PKR dan seorang dari DAP) telahpun mengisytiharkan keluar parti masing-masing untuk menyokong BN dan menjadi calon bebas, BN telah bertukar menjadi parti majoriti dalam DUN Perak selaras dengan kenyataan Pengerusi BN Perak merangkap TPM (ketika itu), YAB Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan di Putrajaya bahawa BN sudah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

Pada 5 Feb. 2009 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan telah mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

MB Perak yang baru dilantik setelah 3 ADUN keluar parti daripada PR dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional untuk membentuk Kerajaan

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Ketua Parti BN sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

Dengan merujuk kepada Fasal XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan meyatakan bahawa ‘Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan …’

Dalam situasi yang berlaku di Perak hari ini, hakikat dan realitinya parti yang Nizar wakili hanya mendapat sokongan minoriti akibat daripada tiga ADUN PR keluar parti. Soal tidak meletak jawatan adalah bercanggah dengan Fasal di atas dan bukannya perlu ada usul undi tidak percaya berkait dengan hilangnya majoriti itu.

Soal tiga ADUN berpaling tadah kepada parti lawan itu adalah merupakan SEBAB UTAMA yang perlu dibincangkan di dalam kotak hilangnya sokongan majoriti terhadap Parti Memerintah. Perlu DITEGASKAN di sini bahawa ini adalah soal Parti Pemerintah lawan Parti Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri dan bukanlah isu Nizar lawan Dr Zamry.

Akan tetapi kerana Nizar enggan meletakkan jawatan yang menyebabkan kemelut ini berpanjangan dan tidak berkesudahan. Nizar dan Zambry sebenarnya tidak perlu naik turun mahkamah kerana ianya jelas dinyatakan di dalam Fasal XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bahawa dia wajib meletakkan jawatan.

Apakah kemelut di Terengganu berada dalam kondisi yang sama? Mungkin, kalaulah kumpulan 10 ADUN BN ini keluar parti daripada BN dan menyokong Parti Pembangkang iaitu PAS di Dewan Undangan Negeri maka barulah situasi tersebut akan sama dengan Perak. Di dalam hal ini MB Terengganu perlulah meletakkan jawatan selaras dengan Fasal 14(6) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang menyebut ‘ … hendaklah dia menawarkan keberhentian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri’.

Isu Terengganu jelas dan nyata “Tidak Serupa dan Tidak Sama” langsung dengan isu di Perak kerana 10 ADUN ini belum lagi mengishtiharkan keluar parti dan setakat ini tidak pernah menyokong parti pembangkang sama ada di dalam mahupun di luar Dewan Undangan Negeri.

(Catatan : DUN Terengganu ada 32 kerusi. BN 24 kerusi dan PAS 8 kerusi. Kalau benar 10 ADUN ini keluar daripada BN dan menyatakan sokongan kepada PAS bermakna telah mendapat majoriti dan YAB Dato’ Ahmad bin Said hendaklah meletakkan jawatan. Dalam hal ini, ADUN PAS mungkin ‘boleh’ menyokong tindakan 10 ADUN ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan dan DYMM Sultan akan bertindak dengan timbangan Baginda sendiri untuk melantik Menteri Besar. Nota: sepuluh ADUN BN yg sekiranya menjadi ADUN bebas masih tidak berpeluang jadi MB kerana tidak berparti, sebaliknya salah seorang daripada ADUN Pas akan dilantik menjadi MB baru berasaskan kepada Prinsip Demokrasi Berpelembagaan ADUN daripada parti akan dipilih.

Dakwaan telah mendapat majoriti sokongan serta mereka sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada YAB Menteri Besar masih TIDAK memenuhi prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan untuk menukar MB di mana mereka masih lagi berada di dalam parti yang sama iaitu 24 kerusi BN dan 8 kerusi PAS. Perbalahan mereka ini bolehlah diibaratkan sebagai “ribut dalam cawan’ atau ‘carik-carik bulu ayam’.

Walaubagaimana pun, tindakan 10 orang ADUN ini juga boleh dianggap sebagai menentang keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO di mana pada 27 Mac 2008 Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman. Ia juga boleh dianggap sebagai menentang dan mencabar keputusan DYMM Tuanku Sultan melantik YAB Dato’ Ahmad bin Said secara teratur mengikut Fasa 12 (2) Undang-Undang Bagi Diri Terengganu di mana Duli Yang Maha Mulia bolehlah bertindak dengan timbangan Baginda sendiri untuk melantik Menteri Besar.

Ini selaras dengan apa yang telah ditegaskan oleh YB DS Hishamuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu di dalam Malaysiakini.com pada 21 Mei 2009 sebagaimana berkata "Berdasarkan perkara-perkara pokok seperti kesetiaan kepada raja, dan kedudukan wakil rakyat BN yang perlu memikul tanggungjawab dan amanah yang tinggi, sentiasalah bermusyawarah sesama kita untuk menyelesaikan sesuatu (masalah) tanpa dibincangkan di khalayak ramai," katanya.

Persoalannya, adakah kumpulan 10 ADUN ini terus tidak akur dalam situasi sekarang? Kalau tidak berani atau kena akur dengan mana-mana pihak untuk terus menyokong YAB Dato’ Ahmad bin Said selaku Menteri Besar, isytiharkan sahaja kepada rakyat bahawa mereka terus taat setia tanpa berbelah bahagi terhadap Menteri Besar dan mintalah rakyat di bawah mereka juga memberi sokongan dan taat setia kepada MB Terengganu ini dan seterusnya kepada Parti UMNO dan Barisan Nasional.

Atau kalau mereka tetap dengan prinsip, pegangan dan pendirian asal untuk menolak MB dan semua 10 ADUN berkenaan terus ‘keras keng’ dengan prinsip, pegangan serta pendirian mereka itu, isytiharkan bahawa mereka akan keluar parti dan memberikan sokongan kepada Parti PAS. Habis cerita dan keadaannya tidaklah tergantung dan menjadi tanda tanya serta mengelirukan rakyat bawahan. Dan kalau ini dijelaskan, YAB Menteri Besar perlulah menerima hakikat ini. Dalam hal ini soal maruah dan prinsip MB TIDAK TIMBUL sama sekali kerana ianya telah termaktub di dalam Prinsip Demokrasi Berpalimen Raja Berpelembagaan selaras dengan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Tidak sama seperti situasinya di Perak, kalau benar dakwaan kumpulan 10 ADUN bahawa mereka sudah hilang keyakinan dan sokongan kepada MB, bermakna walau apapun tuduhan, tohmahan, tafsiran, tanggapan, labelan kepada mereka, sama ada kumpulan budak jahat, kumpulan penderhaka, kumpulan buruk, kumpulan busuk, kumpulan tidak kenang budi, kumpulan pengkhianat atau apa sahaja labelnya, pokoknya mereka masih lagi dalam Kerajaan Barisan Nasional dan soal sudah hilang keyakinan dan hilang kepercayaan kepada MB tidak timbul sama sekali kecuali mereka keluar parti dan memberikan sokongan kepada Parti Pembangkang.

Tak perlulah bersusah-susah untuk mencari sebab musabab, punca dan premis-premisnya kerana hakikat dan penonjolan mereka adalah kepada isu sebenar atau isu pokok yakni mereka masih lagi berada di dalam Parti Barisan Nasional dan perbuatan mereka ini tidak mengurangkan dan menjejaskan majoriti ADUN BN di Dewan Undangan Negeri di mana DYMM Tuanku Sultan telah melantik YAB Dato’ Ahmad bin Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka ini ialah memberikan sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada MB yang mengetuai Kerajaan Negeri (Parti Barisan Nasional) terutamanya di dalam Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan selari dengan 1Malaysia.

Soal tidak lagi yakin dengan kewibawaan MB untuk menerajui politik dan pentadbiran negeri adalah tidak relevan. Bermakna dalam bahasa yang mudahnya mereka masih lagi menjadi kumpulan ADUN majoriti yang menjadikan YAB Dato’ Ahmad Said layak dilantik sebagai MB oleh DYMM Tuanku Al-Sultan. Tidak berbangkit soal mendapat sokongan majoriti seperti di negeri Perak. Dalam demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia, parti politik yang menang dengan hanya satu undi sudah dianggap menang dan membentuk kerajaan dan seorang ahlinya akan dilantik sebagai MB oleh Raja.

Perlantikan YAB Dato’ Ahmad bin Said sebagai Menteri Besar daripada Parti Barisan Nasional yang mempunyai majoriti Dewan Undangan Negeri

Namun sehingga hari ini, kalau keadaan 10 ADUN ini masih setia dengan BN, YAB Dato’ Ahmad bin SAid akan tetap kekal sebagai MB kerana parti yang YAB Dato’ Ahmad bin Said terajui di DUN tidak pernah hilang majoriti sokongan ADUN. YAB MB tahu, beliau tidak semudah itu menjual maruah dan prinsipnya serta memegang teguh amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan kepadanya.

YAB Dato’ Ahmad bin Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu

Situasi di kedua-dua negeri ini tak serupa dan juga tidak sama. Tak serupa dari segi isu hilang majoriti parti. Tetapi kedua-dua negeri masih berpegang kepada satu perkara yang sama – Prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan serta Undang-undang Tubuh atau perlembagaan.

Perlembagaan adalah perlu bagi menjamin kestabilan politik serta system pemerintahan yang cekap dan adil. Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan.

Monday, May 25, 2009

Tidak Berbaloi Ahmad Said Tanggung Projek Idris Jusoh?

sumber: http://buletinonline.blogspot.com/2009/05/tidak-berbaloi-ahmad-said-tanggung.html

26 Mei 2009


KUALA TERENGGANU - Hampir RM 1 bilion projek-projek yang dicurahkan ke dalam daerah Besut semasa pemerintahan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, kini menjadi beban kewangan kepada kerajaan negeri Terengganu.

Perkara tersebut telah di dedahkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said semasa sesi dialog selama sejam dengan pihak media, sempena genap setahun beliau menjadi Menteri Besar, April lalu.

“(Perbelanjaan) projek sambung (dalam) bajet tahun 2009, kalau saya tidak sambung projek itu, ia akan terhenti,

“Saya kena belanja bajet (kerajaan negeri sebanyak) RM500 hingga RM600 juta untuk meneruskan projek itu,”katanya ketika menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Ahmad telah mengenepikan daerah Besut dalam rancangan pembangunan negeri Terengganu.

Katanya, projek pembinaan Universiti Darul Iman (UDM) sebanyak RM 250 juta, Taman Ilmu sebanyak RM410 juta, Sekolah Menengah Imtiaz RM145 juta, pasar Jerteh Souq RM75 juta.

Perbelanjaan tersebut katanya belum termasuk kos-kos tambahan yang timbul seperti projek Taman Ilmu yang akan ditambah lagi sebanyak RM160 juta.

“(Pembinaan) Taman Ilmu (kos) RM250 juta sedang berjalan dan tambah, ia tak cukup tambah lagi sebanyak RM160 juta, adalah nak suruh saya ‘stop’ (hentikan) projek itu,

“saya boleh ‘stop’, tapi kalau ‘stop’, cerita lain (pula jadinya), Masjid Hdhari berapa juta (pula) yang diperlukan untuk tambahan”jelasnya.

Beliau mencabar pihak media membuat perbandingan projek-projek yang dilaksanakan dalam daerah Kemaman, Bahagian yang diketuainya.

“Bandingkan dengan Kemaman, apa saya buat (di) Kemaman, berapa juta saya belanja, mana projek Kemaman?,”soal beliau.

Pertelingkahan antara Ahmad Said dan Idris Jusoh begitu nyata sehingga Ahmad dituduh takut untuk ‘turun’ ke daerah Besut.

“Tak takut apa, apa benda saya nak takut, saya tak perlu takut, takut apa, ‘you’ aja yang kata saya takut atau orang Besut,”tegas Ahmad yang berkata, bagaimana beliau boleh hadir ke daerah Besut sekiranya tidak ada program yang diaturkan untuk beliau.

Pada 1 April, 2009, Ahmad dan Exconya telah bermesyuarat dan mengadakan beberapa program di daerah Besut, bagi meredakan pertelingkahan diantara kumpulan yang menyokong Idris dan kumpulan yang menyokongnya.

Namun, program tersebut ternyata tidak menurunkan ‘amarah’ kedua-dua kumpulan tersebut.

Dua minggu selepas itu, pada 14 April, Dato’ Rosol mengetuai 10 ADUN lain dari kumpulan yang menyokong Idris telah memboikot yang sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Rosol terus-terang dalam sidang media yang diadakan pada hari itu mendesak supaya Ahmad meletakkan jawatan !

Sunday, May 24, 2009

Defamation and Litigation

source: http://efenem.wordpress.com/2009/03/13/defamation-and-litigation/

image

I am no expert in law stuffs, but every now and then I learn bit by bit. This is the oversimplified version that I learnt.

Defamation is the communication of a statement that makes a false claim that may bring individual a negative image. Most jurisdiction allows legal actions to retaliate against groundless criticisms. Defamation is divided into slander and libel. Slander is spoken, libel is written. For someone to take a legal action, one must provide the proof of actual injury (emotional pain and suffering, loss of companionship, loss of consortium, loss of reputation etc) and the proof of defamation (publication, public reports or statements).

What are the laws governing defamation in Malaysia?

In civil cases of defamation, when a private person sues another private person for defamation, the Defamation Act 1957 is applicable.

In criminal cases of defamation, when the state prosecutes a private person for defamation, Section 499 to Section 502 of the Penal Code is applicable.

Defamation Act 1957 is applicable only in Malaysia. Whatever happens outside the borders of Malaysia is bound to the law of the country of residence.

There is somehow a dilemma – the INTERNET.

Internet based community is more akin to conversations in a bar or pub, with content being written as an ongoing dialog which is generally not edited or regulated. Everyone can be a dog in the cyber world, they can write malicious comments and libels, especially in the blogs and forums. To seek legal action against the bloggers (or forummers) is not going to solve the problem. So if one blog closes down, ten more defamatory blogs can be created.

Defamation laws always come into tension with freedom of speech. Let’s say if I defame the Jews and deny the existence of holocaust or whatsoever in my blog that might make myself an anti-semite, I can be arrested once I step foot in the champions of free speech countries; Germany, Austria, Poland, Switzerland and other countries with such laws against holocaust denial.

The misuse of defamation among Malaysian politicians also have created a self-censorship and restricted the right of those Malaysians with dissenting opinions to participate freely and fully in public life. NST vs Jeff Ooi & Ahirudin Atan, Government vs Raja Petra, Teresa Kok vs Utusan and the list won’t stop. There’s no wonder Malaysia is worse than some undeveloped countries in terms of freedom of speech. What more, legal actions can also be sought against opinions that may bring individual a negative image.

Yes, one can seek injunction to shut down a blog or delete the publication or compensatory damage from the defendant. Is it worth the effort, no one really knows.

Apparently people sue people for speaking/writing some defamatory words in Malaysia, most of which result in emotional suffering. And it seems that Malaysians are very easy to get emotional sufferings, even to negative opinions. Malaysians boleh!

P/S: To fellow bloggers, write responsibly. Defamation lawsuit is much nearer to your arse than your own crap.

Tuesday, May 19, 2009

“Saya pernah jual kuih dan cari ubi kayu,” YAB Dato’ Ahmad Said

sumber: http://pemudaumnokemaman.wordpress.com/2009/03/10/saya-pernah-jual-kuih-dan-cari-ubi-kayu%E2%80%9D-yab-dato%E2%80%99-ahmad-said/

Posted on 10 Mac 2009 by pemudaumnokemaman

“Saya pernah hidup susah…saya pernah jual kuih..saya pernah mencari ubi gadung dalam hutan ketika tiba musim hujan, makan lempeng…semua itu perkara biasa kerana ketika itu kehidupan memang susah,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam satu wawancara dengan media sebaik dilantik menjadi Ketua Kerajaan Terengganu.

Justeru itu kita lihat, bagaimana pendekatan dan fokus beliau kepada rakyat dalam setiap pembangunan mahupun pengurusan pentadbiran beliau.

Pengalaman beliau dalam pentadbiran awam, pernah menjadi penolong pegawai daerah dan pegawai pentadbir tanah digabungkan dengan pengalaman pahit getir kehidupan di zaman kanak-kanak, lalu terbina dalam dirinya iltizam yang tinggi untuk ‘MERAKYATKAN PEMBANGUNAN’ dan ‘MERAKYATKAN PENTADBIRAN.’

Rakyat,’bukanlah suatu perkataan yang asing bagi kita semua. Sejak dahulu lagi kita pernah mendengar, ‘sekolah rakyat, bank rakyat, balai rakyat, bahkan kini pula berbagai-bagai jurusan dijenamakan dengan perkataan ‘rakyat.’ Merakyatkan seni, merakyatkan ekonomi, merakyatkan sukan dan sebagainya.

Kita semua adalah rakyat sebenarnya. Bagaimanapun istilah rakyat dalam konteks yang difahami ramai ialah golongan bawahan atau rakyat biasa yang taraf hidupnya agak miskin atau sederhana. Apa yang jelas “rakyat’ tidaklah merujuk kepada golongan elit atau bangsawan, walaupun sebenarnya golongan itu adalah komponen rakyat juga.

Pendekatan dan fokus kepada rakyat adalah menjadi cita-cita dan harapan pemimpin yang tulus dan berjiwa rakyat. Lebih-lebih lagi kalau pemimpin itu lahirnya dari kalangan rakyat, yang memahami pahit-getir kehidupan, susah-senang sebuah perjuangan untuk kelangsungan hidup, tentunya perjuangan demi untuk rakyat menjadi keutamaan.

Merakyatkan pembangunan sudah sering diperkatakan iaitu setiap pembangunan mahu dipastikan mendatangkan faedah yang maksima kepada rakyat. Tidak mahu sama sekali dibuat pembangunan yang tidak menguntungkan apa-apa kepada rakyat sehingga mencetus kemarahan dan menoktahkan sokongan rakyat kepada parti pemerintah.

Pentadbiran bukan sekadar mentadbir secara rutin, menjalankan tugas-tugas di jabatan atau agensi dan kemudian dibayar gaji atau upah. Pegawai dalam bidang pentadbiran bukanlah beerti mengejar pangkat dan kedudukan; ia bukanlah mahkota, melainkan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan itu adalah semata-mata untuk membantu rakyat.

Demikian yang diharapkan oleh Dato’ Ahmad Said. Terengganu era baru di bawah kepemimpinannya meletakkan rakyat sebagai keutamaan, rakyat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Terengganu.

Renunglah petikan ucapan Dato’ Ahmad ketika berjumpa kakitangan perkhidmatan awam Kerajaan Negeri pada 17 April 2008, di Wisma Darul Iman:

“Apa yang kita (kakitangan perkhdimatan awam) lakukan akhirnya hendaklah dikembalikan kepada rakyat. Kita hendak MERAKYATKAN PERKHIDMATAN kita, kita hendak MERAKYATKAN apa juga PEMBANGUNAN yang kita lakukan.”

Di sini bermaksud, pentadbiran mesti dipermudahkan untuk rakyat. Pentadbiran mesti bersifat menolong rakyat, pentadbiran beroreantasikan faedah dan kepentingan rakyat. Justeru itu pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam perlulah juga berjiwa rakyat, bukan sahaja pemimpin atau ahli politik yang perlu berjiwa rakyat.

Bolehlah dicadangkan dibuat satu slogan ‘merakyatkan pembangunan dan pentadbiran’ di akhir surat rasmi yang di tulis oleh jabatan-jabatan di Terengganu, guna mengingatkan semua tentang tugas dan peranan mereka kepada rakyat.

Ketuanan rakyat atau ‘people’s supremacy’ adalah suatu era baru Terengganu yang dicetuskan oleh pemimpin yang dilahirkan dari perkampungan nelayan Kijal Kemaman. Ia tidak lain ialah Dato’ Ahmad Said. Di kedai kopi, merata ceruk pekan dan kampong, rakyat menyebut-nyebut namanya dengan senang sekali iaitu “Mat Said’ yang cukup sinonim sekali nama itu dengan rakyat Terengganu.

Khutbah Jumaat 8 Mei 2009 Terengganu - Bahaya Fitnah

Marilah kita sama-sama beriman dan berusaha dari masa kesemasa mempertingkatkan keimanan ke hadrat Allah s.w.t. dengan menjunjung tinggi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan. Maka muga dengan keimanan, ketaatan dan ketakwaan itu akan membahagiakan kehidupan kita di duniadan memberi keselamatan di akhirat kelak.


Kita mengakui bahawa kita sekarang berada dizaman serba moden, dan tidak mustahil akan dating, kita temui zaman yang lebih canggih lagi. Banyak peralatan baru yang talah diciptakan seperti kemajuan ICT dan komunikasi, akibat dari perkembangan minda manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun disebalik kemunculan alat-alat canggih , timbul pula perkara-perkara negative yang betentangan dengan jaran islam sekiranya tidak digunakannya secara betul seperti budaya fitnah dan penyebaran khabar angin melalui kemudahan peralatan tersebut


Muslimin sidang Jumaat sekalian,

Penyebaran maklumat mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang, seperti kemudahan khidmat pesanan ringkas sms laman web dan e-mail yang membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk diambil manfaat daripadanya seperti penyebaran ilmu, pendidikan, maklumat dan seumpamanya telah disalahgunakan seperti menyebarkan fitnah dan khabar angina. Maka sebagai langkah keselamatan pihak berkuasa, telah menetapkan peraturan kepada semua pemilik kad prabayar hendaklah didaftarkan.


Islam mengigatkan kita agar berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu berita atau perkhabaran yang diterima, sama ada melalui seseorang, media cetak, media elektronik seperti televisyen, internet dan sebagainya, supaya tidak mudah dipercayai sebelum diperiksa terlebih dahulu kebenarannya, lebih-lebih lagi orang yang membawa berita itu orang fasik.


Sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujrat ayat 6:

Maksudnya: “wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menetukan) kebenaran, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”


Muslimin sidang jumaat sekalian diantara akibat buruk yang akan berlaku disebabkan perbuatan fitnah ialah:

Pertama: menyebabkan hilang pahal disisi Allah setiap amal baik yang telah dilakukan.

Dosa menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebarkan fitnah juga menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis diakhirat nanti.


Kedua: menjejaskan kehormatan orang yang difitnah

Imam Razali dalam kitabnya ihya’ ‘ulumu al-din menjelaskan bahawa perbuatan membocorkan rahsia orang lain, mengakibatkan terjejasnya kehormatan dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain, dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Larangan mencari-cari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam ayat 12 surah al-hujrat :

Maksudnya: “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan keaiban orang lain.”


Ketiga: Allah dan rasul mengharamkan perbutan mengumpat dan fitnah.

Dalam islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu, tidak mahu ia disebarkan kepad orang lain. Inikan pula menyebarkan berita tidak benar. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: adakah kamu semua mengetahui apakah ribah (mengumpat)? Sahabat menjawab: kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenangi. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Lalu rasulullah bersabda lagi: “jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya.”


Keempat: boleh menyebabkan berlakunya pembunuhan, perang saudara dan seumpamanya. Umat islam tentu tidaklupa pada sejarah yang menyebabkan kepada kematian khalifah ketika kerajaanislam dimadinah saidina ibni affan, yang berpunca daripada fitnah yang disebarkan oleh kumpulan ekstrimis agama.


Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan saidina ali dan zaman selepasnya. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan kerajaan bani umayyah malah sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan melayu Melaka, tidak terkecuali kerana fitnah. Maka islam memandang fitnah adalah sangat berbahaya.


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-baqarah ayat 191:

Maksudnya: “dan fitnah itu adalah lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”


Muslimin yang dihormati Allah sekalian,

Mungkin orang yang melakukan fitnah merasa senang hatinya kerana berhasil dan mengenai sasaran orang yang fitnahnya, sebaliknya orang yang kena fitnah betapa pahitnya penderitaan yang ditanggungnya.


Dapatkah kita bayangkan betapa pahitnya perasaan yang ditanggung oleh siti aishah isteri rasulullah s.a.w. yang bergelar ummul mu’minin (ibu sekalian orang yang beriman) yang telah difinah oleh Abdullah bin ubai (seorang munafik) yang menyebarkan berita dusta kepada orang-orang islam dengan mengatakan: siti aishah berlaku curang, mengadakan hubungan sulit dengan sahabat nabi yang bernama safwan bin mu’atal selepas berangat pulang daripada peperangan bani mutolak


Cuba kita bayangkan bagaimanakah perasaan, kita dan keluarga, berdepan dengan situasi seperti itu apabila isteri yang sangat taat kepada kita dituduh telah belaku curang?.


Abdullah bin ubai ketua munafik itu senang hati, kerana fitnah yang ditaburnya sudah sampai dikalangan muslimin, sama asa dipercayai atau pun tidak berita tersebut, namun usaha dan niat jahat Abdullah bin ubai gagal dan tidak Berjaya kerana Allah sentiasa berada dipikah yang benar.


Muslimin sidang jumaat sekalian,

Allah s.w.t. sekali-kali tidak akan membiarkan baginda rasulullah s.a.w., lemah dalam kepimpinan dan perjuangan, disebabkan berita palsu dan fitnah ketua munafik itu. Lalu Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang menyatakan, bahawa berita itu adalah tuduhan semata-mata, dan menyatakan kesucian siti aishah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-nur ayat 11-13:

Bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang sangat dusta dari segolongan kamu itu, janganlah kamu menyangka buruk bagi kamu, bahkan baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang diantara mereka akan mendapat hukuman sesuai dengan apa yang mereka lakukan.


Muslimin yang dimuliakan Allah sekalian,

Marilah kita berganding bahu, bersatu padu memulihkan keadaan dengan membuangkan budaya suka fitnah-menfitnah dan tuduh-menuduh yang hanya akan merugikan umat isalm. Suburkanlah budaya saling sayang menyayangi, hormat-menghormati dan segala sifat mahmudah dalam kehidupan kita agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat yang berpanjangan dari Allah ta’ala.

Sambutan besar Agong di T'ganu

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/80456

Muda Mohd Noor | Mar 27, 08 11:40am

kemaskini 6:55pm Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, akan berangkat pulang pagi Sabtu ini.

Keberangkatan pulang baginda mencuri tumpuan negara susulan tercetusnya kemelut pelantikan menteri besar sehingga kerajaan baru Terengganu gagal dibentuk selepas 19 hari tamat pilihanraya umum awal bulan ini.

Negeri yang kaya dengan petroleum itu dilanda krisis pelantikan menteri besar apabila wujud ketegangan antara wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said, yang dilantik pihak istana dengan kumpulan Datuk Seri Idris Jusoh, yang didukung Perdana Menteri.

Tuanku Mizan dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut besar-besaran di lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud di Seberang Takir.

sultan mizan zainal abidin the new agong agung kingSambutan tersebut akan dianjurkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai mewakili rakyat Terengganu.

Gabungan NGO itu antaranya disertai kumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, sekolah Tuanku Mizan.

Jurucakap gabungan itu Fariz Musa berkata, beberapa ribu orang dijangka berkumpul di lapangan terbang sebagai tanda taat setia dan sokongan mereka kepada baginda Sultan.

Sementara itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) petang ini melancarkan kumpulan rakyat penyokong Tuanku Mizan di Masjid Terapung di Kuala Ibai, kira-kira lima kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Malaysiakini difahamkan, di majlis itu mereka berjaya mengumpulkan lebih 500 tandatangan menyokong baginda, antaranya bekas speaker DUN Datuk Che Mat Jusoh.

Di majlis tersebut, pelekat "Daulat Tuanku" dan riben kuning untuk dilekatkan pada kenderaan turut diedarkan kepada orang ramai.

Beribu-ribu pelekat dan riben diedarkan.

Pada jam 8 malam ini, katanya, sembahyang hajat yang diketuai imam besar Masjid Negara, Datuk Sheikh Ismail Mohammad akan berlangsung di masjid tersebut untuk memohon perlindungan daripada Allah ke atas baginda dan Pemangku Raja.

Difahamkan, pelekat kenderaan dan kain rentang "Daulat Tuanku" mulai dipasang sejak semalam.

Biodata Dato' Ahmad Bin Said

Sunday, March 23, 2008


Biodata

YAB Dato' Ahmad Bin Said dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Kampung Teluk Kalong. Beliau anak bongsu dalam keluarganya hasil perkahwinan Said Bin Mohd dan Wook Binti Ali.

Beliau dibesarkan di Kampung Teluk Kalong dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong dan seterusnya hingga ke peringkat tertinggi di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Politik.

Ayah beliau seorang petani @ pekebun yang mengusahakan tanah dengan bercucuk tanam. Juga kemahiran ayahnya ialah menyadat kelapa. Oleh sebab itu, YB Dato' Ahmad Bin Said tanpa segan silu mengaku beliau seorang anak Tok Nyadat di dalam ceramahnya. Pengakuan itu adalah lambang kepayahan seorang anak kampung yang gigih berusaha dan berjaya mengejar cita-cita apabila berusaha bersunguh-sungguh walau dalam kesulitan ayahnya seorang petani.

Penglibatan awal beliau dalam perkhidmatan awam adalah apabila berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1982. Seterusnya, ketokohan beliau dalam bidang pentadbiran semakin menyerlah apabila beliau diberi beberapa tanggungjawab sebagai Pengetua Pusat Pupuk Semangat, Pegawai Pentadbiran Tanah Kemaman, Penolong Pegawai Daerah Setiu dan YDP Majlis Daerah Kemaman.

Dalam karier politik pula, beliau bermula dengan menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal apabila memenangi kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil 1990. Lawan beliau pada masa itu ialah Ahmad Shabery Cheek (YB Ahli Parlimen Kemaman dan Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sekarang).

Seterusnya beliau menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sejak tahun 2000 hingga sekarang. Beliau juga sekali lagi memenangi kerusi DUN Kijal dalam pilihanraya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 dan diberi kepercayaan sekali lagi menerajui portfolio Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan mantan Menteri Besar Terengganu.

Beliau juga menerima 3 pingat kebesaran iaitu ASM dan PJK oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud dan DPMT bagi membawa gelaran Dato' oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan pada tahun 2005.

Di dalam bidang sukan, beliau meminati sukan bola sepak, golf dan badminton. YAB Dato' Ahmad Bin Said mempunyai 2 isteri iaitu To' Puan Norliza Binti Mahmud dan Nor Hamilah Binti Yahya dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

PERUNTUKAN UNTUK : KOMPLEKS IMTIAZ BESUT & MASJID HADHARI di BESUT

Projek ini dirancang di pada zaman Pentadbiran Mantan MB Terengganu.
Projek Kompleks Imtiaz Besut dilaksanakan dalam lapan fasa sebagaimana berikut;

Fasa 1
Projek siap : Oktober 2007
Kos Projek : RM3,817,245.50
Kontraktor : Sutuh Timur Sdn Bhd

Fasa 2
Dewan makan dan asrama
Dijangka siap : April 2009
Kos Projek : RM26,176,069.90
Kontraktor : Konsortium Kontraktor Melayu Berhad

Fasa 3
Bangunan Akademik dan Pentadbiran
Dijangka siap : April 2009
Kos Projek : RM56,486,676.17
Kontraktor : Bina Struktur Sdn Bhd

Fasa 4
Dewan serbaguna dan pavilion
Anggaran Kos Projek : RM8,692,841.81
Status : telah ditender dan masih belum diputuskan

Fasa 5
Pusat Pelajar, Bengkel Manipulatif dan Kuarters Guru
Anggaran Kos Projek : RM10,997,266.66
Status : telah ditender dan masih belum diputuskan

Fasa 6
Pagar, Pintu Gerbang dan Guard House
Anggaran Kos Projek : RM3,150,000.00
Satus : belum ditender

Fasa 7
Landskap
Anggaran Kos Projek : RM2,625,000.00
Satus : belum ditender

Fasa 8
Kuarters Pekerja dan Kerja-kerja Kelengkapan Dalaman ICT dan Sintetik Trek
Anggaran Kos Projek : RM16,800.000.00
Satus : belum ditender

Kos Perunding & lain-lain berkaitan
Anggaran Kos : RM9,373,359.16

JUMLAH ANGGARAN KOS
RM138,118,459.20

Setelah meneliti keseluruhan projek Kompleks Imtiaz Besut, apakah andaian yang boleh kita buat? Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM138 juta, kerajaan negeri boleh memperuntukkannya untuk membina dan menyiapkan sebuah KOLEJ atau UNIVERSITI!

Kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah masjid menelan belanja RM24.47 juta. Masjid Hadhari (Masjid Jerteh Besut) merupakan sebuah masjid MEWAH kerana peruntukan kewangannya sangat TINGGI. Kerja-kerja membina masjid ini dimulakan pada 1 September 2005 dan telah disiapkan pada 13 Oktober 2008 dengan kos projek keseluruhan RM24.47 juta berbanding kos kontrak asalnya, RM18.47 juta (mula kerja pada 1 September 2005 dan dijangka siap pada 29 Ogos 2007). PERBEZAAN kos adalah lebih kurang RM6 juta.

Mari kita buat renungan betul2 sama ada berbaloi ke duit kerajaan?
Cuba bayangkan jumlah yang begitu banyak kalau kita boleh beri dalam bentuk yang lebih langsung kepada rakyat.

Adakah ianya memanfaatkan rakyat? atau Kontraktor? - Kena tanya tuan punya masa itu..

Sama-sama lah kita fikirkan.

Isu Royalti Petroleum Terengganu

sumber: http://drhalimahali.wordpress.com/2009/04/17/rm1587-billion-sepatutnya-diterima-oleh-terengganu-sebagai-royalti-minyak/

Isu penyelewengan serta penyalahgunaan wang royalti petroleum negeri Terengganu yang sering kali dibangkitkan oleh PAS akhirnya diakui oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Dato’ Ahmad mengakui isu royalti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ada kebenarannya yang kini dalam proses rundingan serta tuntutan kembali.

“Wakaf Mempelam (Abdul Wahid) ada membangkitkan mengenai royalti iaitu wang royalti dibelanjakan untuk membiayai Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain.

“Ini memang kita (kerajaan) akui dan kita (kerajaan) telah membuat semakan-semakan dan ini merupakan sebahagian dari rundingan yang perlu kita (kerajaan) kembalikan wang ini kepangkuan negeri Terengganu,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, di Wisma Darul Iman, semalam.

Menurutnya, SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu bagi melaksanakan projek perumahan di seluruh Negara.

Namun begitu, katanya dari jumlah tersebut hanya RM102 juta dibelanjakan bagi projek SPNB itu di negeri ini.

“Ini bermakna, SPNB masih berhutang dengan kita (Terengganu) sebanyak RM771 juta dan tuntutan untuk wang royalty yang dijadikan dana khas yang dibahagi ke negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta,”ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang berbincang bagi menuntut kembali wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang telah digunakan oleh beberapa kementerian lain.

Menurutnya, beberapa kementerian terbabit menggunakan dana khas (royalti) dalam melaksanakan projek-projek di negeri ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan pembinaan Lebuhraya Pantai timur (LPT).

Menteri Besar itu menjelaskan dari tahun 2000 hingga tahun 2008 kerajaan Terengganu hanya menerima wang royalti petroleum sebanyak RM6.27 bilion dari kerajaan pusat.

Katanya, jumlah wang yang sepatut diterima oleh kerajaan Terengganu dalam tempoh tersebut adalah RM15.847 bilion.

Ahmad turut mengumumkan kerajaan negeri baru menerima sebanyak RM650 juta dari jumlah yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 juta sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009.

mks/Khairul Azlam Mohamad & Sazali Mohd Noor/HARAKAHDAILY

Dato' Ahmad Said: Rakyat Terengganu menjadi “hakim”

sumber: http://pemudaumnokemaman.wordpress.com/2009/04/29/datuk-ahmad-said-rakyat-terengganu-menjadi-hakim/

MB PrihatinMenteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata hanya rakyat yang boleh membuat penilaian sama ada beliau berjaya atau gagal dalam menerajui negeri ini.

Ahmad berkata rakyat menjadi “hakim” sama ada mereka masih mahukannya memimpin mereka atau sebaliknya kerana kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan rakyat menggambarkan sentimen mereka.

“Jika saya gagal, gantilah saya tetapi untuk masa yang singkat ini, berilah saya peluang membuktikan keikhlasan dan kesungguhan saya memperjuangkan nasib rakyat.

“Jangan diletak halangan di hadapan saya yang bertujuan untuk menggagalkan saya,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kemelut politik yang berlaku sekarang menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

MEDIA ARUS PERDANA SELAMATKAN AHMAD SAID?

sumber: http://hambali1.blogspot.com/2009/05/media-arus-perdana-selamatkan-ahmad.html?showComment=1242748140000#c5127264565161241441

Tuesday, May 19, 2009

Ada pihak mengatakan wujud konspirasi terancang oleh media arus perdana Kuala Lumpur mempertahankan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu?

Jeng...jeng...jeng...sejak bila pula ada pihak tertentu yang selama ini percaya kepada laporan akhbar perdana mengubah selera?

Apakah mereka sudah beralih arah? Apakah laporan Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo, tv3, tv7 dan sebagainya tidak benar?

Saya tidak pasti apa mahu dipanggil dengan orang yang bukan sekadar mempertikaikan laporan akhbar seperti ini – bukan satu tetapi semua akhbar – Jumud atau ‘Sakit Jiwa?’

Menurut sebuah blog - citra-bangsa.blogspot.com - penulis yang suka menghina dan
mengaibkan seseorang adalah perbuatan mereka yang tidak ingat dosa dan pahala, serta tanggungjawabnya kepada agama.Beliau bertanya, apakah orang seperti ini ‘sakit’. Jika dia sakit, kenalah dia berubat. Jika dia berdosa, kenalah dia bertaubat.

Saya timbu
lkan perkara ini berikutan ada sebuah blog menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ‘cukup kecewa dengan manipulasi berita berkenaan lalu pejabat TPM telah mengarahkan semua media (termasuk Bernama) menyediakan salinan percakapan TPM (transkrip sidang media) seterusnya mengemukakan kepada pejabat TPM dengan segera’.

Benarkah Muhyiddin kecewa dengan laporan berita dari Kuala Terengganu?


Kata blog berkenaan: ‘Ini merupakan siri konspirasi terancang dan pembohongan jahat kali kedua dalam siri mempertahankan Mat Said supaya kekal sebagai MB Terengganu selepas isu sms ugutan.’

Benarkah ada konspirasi di kalangan akhbar termasuk Bernama dalam soal ‘menyelamatkan Ahmad Said’?

Juga berkaitan dengan ini apakah isu sms ugutan itu juga satu konspirasi? Nada
ini pernah diperkatakan oleh sekurang-kurangnya seorang wakil rakyat kumpulan 10.

Persoalan kepada blogger berkenaan pula – ‘apakah anda salah seorang yang berkonspirasi mahu menjatuhkan Ahmad Said?’

Blogger berkenaan marah dengan kenyataan berikut: “Datuk Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Bes
ar Terengganu kerana Umno tidak memutuskan sebarang perubahan kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, perubahan jawatan Menteri Besar tidak pernah berbangkit.”

Menurut blogger berkenaan “Rupa-rupanya ‘berita’ berkenaan merupakan konspirasi terancang dan pembohongan jahat ‘dalang’ yang berselindung di sebalik kepentingan peribadi dan usaha menyembunyikan rasa ‘nak terkencing terberak’ mereka. Kali ini dibuat dengan menggunakan media @ orang-orang media.”

Katanya, lanjutan daripada berita yang mengelirukan ini, sekurang-kurangnya ada dua media arus perdana yang telah membuat pengakuan jujur bahawa berita berkaitan (yang melibatkan MB) yang disediakan oleh wartawan mereka dan dihantar untuk disiarkan adalah berasaskan kepada kenyataan akhbar TPM tetapi telah dirombak dan ditokoktambah (diarah?) oleh ‘tangan-tangan gatal’ di ibu pejabat media berkenaan.

Malah beliau
menganggap berita yang disiarkan itu “Yang sebenarnya inilah corak konspirasi terancang dan pembohongan jahat terhebat abad ini. Tahniah kepada yang berjaya mencipta keburukan situasi kerana dengan bertambah buruk dan kalutnya situasi ini lebih menjelaskan keburukan dan kekalutan isi perut penciptanya.”

Ada beberapa persoalan di sini dan kita menuntut blogger berkenaan menjawabnya dengan ikhlas:

1. Akhbar mana yang melakukan konspirasi berkenaan?
2. Siapa wartawan dimaksudkan? Apakah wartawan berkenaan mempertikaikan penyuntingan
berita mereka? Kenapa pula mereka perlu memberitahu blogger berkenaan mengenai
ketidakpuasan hati mereka?
3. Apa hubungan Ketua Pengarang atau Ibu Pejabat akhbar berkenaan dengan Ahmad Said?
4. Berapa banyak Ahmad Said bayar kepada pengarang atau ‘tangan ghaib’ di Kuala Lumpur
untuk mempertahankannya?
5. Pengarang atau ‘tangan ghaib’ mana yang berani melakukan manipulasi berkenaan?
6. Kepada blogger berkenaan pula, apakah beliau sendiri ‘bebas daripada duit dan imbuhan’
apabila mengatakan mengenai ‘tangan ghaib’ berkenaan;
7. Apakah
blogger berkenaan menulis dengan niat dan hati yang bersih apabila menyebut
mengenai konspirasi ini; dan
8. Apakah blogger berkenaan menulis bukan kerana kepentingan sesiapa tetapi demi
kepentingan rakyat Terengganu? Dengan kata lain ia adalah ‘kebenaran belaka’ bukan kerana
kepentingan sesiapa.

Saya berharap benar jawapan daripada Muhyiddin mengenai kekecewaan beliau terhadap laporan oleh media arus perdana mengenai kedudukan Ahmad Said itu.

Walaupun mungkin malam esok akan ada kenyataan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Terenggan
u mengenai isu Menteri Besar dan usaha merapatkan jurang antara pemimpin UMNO Terengganu, rasanya nada desakan akan terus menerus disuarakan.

Pihak
yang tidak berpuashati dengan kewujudan terus Ahmad Said sebagai Menteri Besar akan terus mendesak.

Rasanya kedudukan sebenar Ahmad Said wajar keluar daripada mulut Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Hanya jaw
apan Najib sahaja akan mengurangkan kekeruhan – selagi tidak dijernihkan, yang mendapat untung bukan kumpulan yang menentang Ahmad Said atau kumpulan yang menyokong Ahmad Said tetapi pembangkang – PAS.

Najib perlu fikir panjang soal ini kerana jatuh Terengganu akan mengecilkan peranannya!



Sphere: Related Content

Analisis: Jentera BN Terengganu mula bangkit

sumber: http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/Berita/Rencana/20080305103328/Article/indexrencana_html

Oleh Zulkofli Jamaludin
KETIKA berkempen dari rumah ke rumah Isnin lalu, seorang bekas buruh paksa di Burma (Myanmar), Osman Abdul Rahman, 104, membisikkan sesuatu ke telinga Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.


Beliau meminta calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Marang itu menulis petua untuk menguatkan semangat Dr Ahmad Ramzi, yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh itu, menghadapi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ketika Ahmad Ramzi dan calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Razali Idris berkunjung ke rumah Osman di Pulau Kerengga, Marang, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, warga emas itu berbaring di wakaf depan rumahnya dengan mengenggam bendera Umno dan BN yang berlipat.

“Pak cik sejak 11 pilihan raya umum lalu adalah penyokong BN yang dulunya dipanggil Perikatan,” kata anak Bugis yang masih ingat bagaimana pemimpin negara menuntut kemerdekaan daripada Inggeris.

Pertemuan dengan warga emas yang sudah menetap di Terengganu sejak 50 tahun lalu itu adalah sebahagian usaha Dr Ahmad Ramzi, lulusan ijazah kedoktoran Perancangan Strategik (PhD) Universiti Edinburgh, Scotland untuk menemui seramai mungkin pengundi daripada 74,813 di Parlimen Marang.


Majoriti pemilih di Parlimen itu adalah wanita yang mewakili 51 peratus atau 37,987 orang, yang dilihat boleh memberi mandat sekali lagi kepada BN di kerusi panas Parlimen kerana silih berganti dimenangi calon Umno dan pembangkang.


Dr Ahmad Ramzi yang juga memperoleh ijazah sarjana muda pengkhususan pengajian bahasa Arab dari Universiti al-Azhar, Mesir dan Sarjana Pentadbiran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dianggap calon berpotensi besar kerana mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab dengan baik.


Bekas pensyarah di Kolej IKIP, Kuantan itu dilihat mempunyai kekuatan tersendiri terutama daripada pengaruh bapanya, Allahyarham Datuk Dr Mohamad Zubir Awang yang pernah menjadi Mufti Terengganu pada 2004 hingga 2006.


Melihat kepada kelulusan akademik, semangat serta komitmen terhadap tugasan yang digalas sebelum ini, Dr Ahmad Ramzi bersama calon baru seperti Razali dan Zaidi Muda (DUN Bukit Payong) serta dua penyandang - Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) dan Alias Abdullah (Alur Limbat) - banyak pembangunan boleh dibawa kepada penduduk daerah Marang yang majoritinya Melayu.


Ada pihak mendakwa peluang calon muka baru itu untuk mengulangi kejayaan Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menewaskan Abdul Hadi dengan majoriti 140 undi adalah 40-60.
Ketika Gelombang Biru berada di puncak, BN hanya mampu meraih majoriti tipis di Parlimen Marang, inikan pula ketika panglima atau ‘giant killer’ yang digugurkan selepas menewaskan Abdul Hadi dua kali masih `berduka'.


Tinjauan mendapati bendera dan poster calon BN jauh ketinggalan dan sepanjang jalan dari sempadan daerah Marang-Kuala Terengganu sehingga Kampung Kijing sejauh kira-kira enam kilometer hanya bendera pembangkang berkibar megah.


Bagaimanapun, ia adalah kebiasaan di daerah Marang yang menjadi kubu kuat Pas. Parti pembangkang itu memang menjadikan jalan utama ke Kuala Terengganu sebagai sasaran mereka memasang bendera dan poster untuk menunjuk kekuatan mereka setiap kali pilihan raya umum. Malah, sebuah jambatan di Marang memang di bawah kawalan mereka sehingga petugas BN tidak dibenarkan memasang bendera.


Peluang Pas tidak semudah menawan jambatan Marang untuk menguasai semula tiga DUN dan Parlimen Marang. Sindrom ‘senyap’ tunggu dan lihat petugas BN sebagai tanda protes selepas penamaan calon tempoh hari berakhir dan mereka mula bekerja bagi memastikan BN mencatatkan kemenangan.


Pas dilihat hanya mampu memberi saingan sengit di 10 daripada 32 kerusi DUN seperti Rhu Rendang, Batu Buruk, Manir, Wakaf Mempelam, Bukit Payung, Pangkalan Berangan, Teluk Pasu, Jabi, Sura, Ladang dan Tepoh. Namun, berdasarkan pengalaman lalu, jentera BN pada peringkat akar umbi mampu menukar senario itu pada saat akhir sebelum pengundian jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.


Pemimpin yang setia kepada parti dengan kedudukan mereka sebagai ketua bahagian dan pengarah pilihan raya Parlimen tidak harus membakar jambatan jika tidak dicalonkan. Sebaliknya, mereka harus mengetuai kempen bersungguh-sungguh bagi memastikan calon BN dalam bahagian masing-masing menang majoriti lebih besar.


Walaupun beberapa ketua bahagian yang digugur atau tidak dicalonkan mulanya kecewa dan bersikap dingin, mereka juga sedar kesannya kepada parti jika BN tewas kepada Pas. Mereka juga sedar ketika pertama kali menjadi calon dan menang dulu, pemimpin lama yang digugurkan turut bekerja keras untuk memastikan kemenangan.


Kerana itu, beberapa ketua bahagian yang tidak dicalonkan berkempen sama kuat seperti mereka menjadi calon. Ketua Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang digugurkan dan Ketua Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh yang tidak dicalonkan adalah antara yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan kerusi di bahagian masing-masing.


“Saya dah buat apa yang termampu. Saya tidur tiga jam sehari, jumpa calon tiap-tiap malam. Saya hadir program dengan rakan komponen BN. Saya ikut calon dari rumah ke rumah, saya lawat markas BN. Selebihnya saya serah pada rakyat," kata Wan Farid.


Semangat inilah perlu ada pada pemimpin dan ahli Umno jika mahu melihat BN terus bertapak kukuh di Terengganu dan memastikan agenda pembangunan tidak pernah diimpikan dapat direalisasikan.

Ramzi Tidak Menyerah Tetapi DiTangkap, Polis Ada Bukti.

sumber: http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=470:ramzi-tidak-menyerah-tetapi-ditangkap-polis-ada-bukti-&catid=35:dalam-negeri&Itemid=2

PDF Print E-mail
Written by Editor
Wednesday, 13 May 2009 00:46

KUALA TERENGGANU – Rakyat Malaysia amnya dan penduduk negeri Terengganu khususnya menjadi keliru dengan berita yang disiarkan media elektronik (televisyen) pro kerajaan.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/ramziditahan.jpgEdisi tengahari berita televisyen menyiarkan berita Pegawai Khas Kepada Pengerusi Mara, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ‘tampil dengan beberapa orang rakannya’ di balai polis Kuala Terengganu untuk memberi keterangan.

Hakikatnya, polis Terengganu hari ini mengesahkan Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh itu, ditangkap di di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 8.30 pagi.(Gambar kiri)

Ramzi
tiba dari Kuala Lumpur jam 5 pagi dan menginap di hotel itu ditahan bagi membantu siasatan kes ‘SMS Ugut Bunuh’ terhadap tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu, bulan lepas.

Sebelum ini, Ramzi telah diberi tempoh tiga hari untuk tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

Namun, apabila Ramzi tidak muncul sehingga tempoh itu berakhir semalam, polis bertindak mendapatkan waran tangkap terhadap beliau.

Lebih mengejutkan apabila Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata pihaknya mempunyai bukti untuk mempercayai Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Beliau berkata polis turut merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah Ahmad Ramzi di Kampung Kubang Parit di sini, pada kira-kira pukul 3 petang semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multimedia 1998,

"sebaik siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya pada sidang media tengah hari tadi.

Jika sabit kesalahan Ramzi boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu.

Hamzah turut berkata dengan penahanan Ramzi yang merupakan calon BN bagi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, polis yakin siasatan terhadap kes itu sudah 95 peratus selesai.

Beliau berkata ahli politik UMNO itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan lanjut dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam


Pada 13 April lepas, tiga ADUN BN iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima ‘SMS Ugut Bunuh’.

Keadaan itu menjadi sebab kepada 10 ADUN UMNO/BN, termasuk yang tidak menerima ‘SMS Ugut Bunuh’ memulaukan sidang DUN Terengganu pada keesokan harinya (14 April), dengan alasan keselamatan nyawa mereka terancam.

Tindakan tidak menghadirkan diri ke sidang DUN itu kemudiannya bertukar menjadi satu agenda politik kumpulan yang pro-Idris bertujuan ‘menekan dan mengugut’ Menteri Besar Terengganu.

Dalam sidang media yang diadakan pada hari yang sama, Rosol telah menggesa Dato’ Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Last Updated on Sunday, 17 May 2009 04:37

Menteri Besar Mesra Rakyat

sumber: http://pemudaumnokemaman.wordpress.com/2009/05/19/menteri-besar-mesra-rakyat/

“Jika saya gagal, gantilah saya tetapi untuk masa yang singkat ini, berilah saya peluang membuktikan keikhlasan dan kesungguhan saya memperjuangkan nasib rakyat. “Jangan diletak halangan di hadapan saya yang bertujuan untuk menggagalkan saya,”