Tuesday, May 19, 2009

PERUNTUKAN UNTUK : KOMPLEKS IMTIAZ BESUT & MASJID HADHARI di BESUT

Projek ini dirancang di pada zaman Pentadbiran Mantan MB Terengganu.
Projek Kompleks Imtiaz Besut dilaksanakan dalam lapan fasa sebagaimana berikut;

Fasa 1
Projek siap : Oktober 2007
Kos Projek : RM3,817,245.50
Kontraktor : Sutuh Timur Sdn Bhd

Fasa 2
Dewan makan dan asrama
Dijangka siap : April 2009
Kos Projek : RM26,176,069.90
Kontraktor : Konsortium Kontraktor Melayu Berhad

Fasa 3
Bangunan Akademik dan Pentadbiran
Dijangka siap : April 2009
Kos Projek : RM56,486,676.17
Kontraktor : Bina Struktur Sdn Bhd

Fasa 4
Dewan serbaguna dan pavilion
Anggaran Kos Projek : RM8,692,841.81
Status : telah ditender dan masih belum diputuskan

Fasa 5
Pusat Pelajar, Bengkel Manipulatif dan Kuarters Guru
Anggaran Kos Projek : RM10,997,266.66
Status : telah ditender dan masih belum diputuskan

Fasa 6
Pagar, Pintu Gerbang dan Guard House
Anggaran Kos Projek : RM3,150,000.00
Satus : belum ditender

Fasa 7
Landskap
Anggaran Kos Projek : RM2,625,000.00
Satus : belum ditender

Fasa 8
Kuarters Pekerja dan Kerja-kerja Kelengkapan Dalaman ICT dan Sintetik Trek
Anggaran Kos Projek : RM16,800.000.00
Satus : belum ditender

Kos Perunding & lain-lain berkaitan
Anggaran Kos : RM9,373,359.16

JUMLAH ANGGARAN KOS
RM138,118,459.20

Setelah meneliti keseluruhan projek Kompleks Imtiaz Besut, apakah andaian yang boleh kita buat? Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM138 juta, kerajaan negeri boleh memperuntukkannya untuk membina dan menyiapkan sebuah KOLEJ atau UNIVERSITI!

Kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah masjid menelan belanja RM24.47 juta. Masjid Hadhari (Masjid Jerteh Besut) merupakan sebuah masjid MEWAH kerana peruntukan kewangannya sangat TINGGI. Kerja-kerja membina masjid ini dimulakan pada 1 September 2005 dan telah disiapkan pada 13 Oktober 2008 dengan kos projek keseluruhan RM24.47 juta berbanding kos kontrak asalnya, RM18.47 juta (mula kerja pada 1 September 2005 dan dijangka siap pada 29 Ogos 2007). PERBEZAAN kos adalah lebih kurang RM6 juta.

Mari kita buat renungan betul2 sama ada berbaloi ke duit kerajaan?
Cuba bayangkan jumlah yang begitu banyak kalau kita boleh beri dalam bentuk yang lebih langsung kepada rakyat.

Adakah ianya memanfaatkan rakyat? atau Kontraktor? - Kena tanya tuan punya masa itu..

Sama-sama lah kita fikirkan.

4 comments:

  1. post ke malaysiakini la. memang havoc la

    ReplyDelete
  2. info ni je ke yang ada?
    peruntukan yang lain macam mana?
    takde ke?
    sahih ke ni?
    kalau sahih . . . . . . ? ? ? ? ?

    Program Tadika Q Dees aku dengar ada unsur-unsur tidak munasabah juga.
    Kalau sapa2 ada perincian boleh paparkan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. manusia yang nampak keuntungan langsung saja
    adalah manusia yang kurang cerdik .Shahjahan bina Taj mahal dia manusia biasa atau manusia hebat?

    ReplyDelete