Monday, August 3, 2009

CARA MENGHANTAR SMS MELALUI KOMPUTER

Sila ke www.smsugutan.blogspot.com untuk mempelajari cara-cara untuk menghantar sms daripada internet.

Adakah ini memungkinkan seseorang (kononya strategis) untuk menfitnah seseorang yang tidak bersalah?

Adakah ini caranya SUSK difitnah? marilah kita sama-sama ke www.smsugutan.blogspot.com untuk mempelajari cara-cara dan teknik-teknik yang mungkin digunakan untuk menfitnah seseorang melalui komputer atau internet.

p/s : Saya dikhabarkan bahawa group dato deris memang mahir dengan sms. SMS dari telefon dan juga dari komputer. Saya dikhabarkan masa bertanding MT dulu pun Dato Deris guna sms dari internet untuk berkempen. Apa kesimpulan yang dapat kita buat agaknya sekiranya kita mendapati sms-sms ini dari server yang sama?

ISU NO. 9 DAN JAWAPAN

8. Ekoran daripada ugutan yang dibuat oleh YAB Dato’ Ahmad b. Said pada 8 April 2009 jam 9.30 malam di Kediaman Menteri Besar kepada ADUN yang hadir semasa pre-council, YAB Dato’ Ahmad b. Said terus membuat kenyataan berupa ugutan melalui kenyataan media pada 11 April 2009. Kemuncak siri ugutan tersebut adalah UGUTAN BUNUH melalui sms yang dipercayai daripada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Wan Ahmad Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar. Ugutan bunuh tersebut merupakan suatu ancaman yang amat serius, ancaman keselamatan dan menimbulkan kebimbangan kepada ADUN-ADUN.

Ketidakhadiran ADUN-ADUN ke Dewan Undangan Negeri pada hari ini adalah atas faktor keselamatan, ANCAMAN KE ATAS NYAWA MEREKA (UGUTAN BUNUH) dan tiada kaitan sama-sekali dengan dakwaan ‘boikot’ atau cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Said, yang dibuat oleh pihak yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun ADUN-ADUN berkenaan memberi akujanji untuk menghadiri sidang dewan sekiranya keselamatan mereka terjamin dan pihak yang bertanggungjawab membuat ugutan bunuh tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

abdul mubin ismail0 komen

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN

1. Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

2. Laporan Sinar Harian (23 April 2009): Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

3 . Laporan Utusan Malaysia (23 April 2009): ): Ketua Polis Neger, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa lelaki berusia 31 tahun itu tiada kaitan dengan Pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa sebelum ini; dan

4. Laporan Berita Harian Online (24 April 2009) bertajuk “Ramai lagi ditahan” melaporkan “Sumber memberitahu, kerani berkenaan ada kaitan dengan 10 ADUN yang memulaukan hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri pada 14 April lalu.”

ISU NO. 8 DAN JAWAPAN

7. Kekalutan yang berlaku adalah berpunca daripada dakwaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 11 April 2009 yang antara lain mendakwa kononnya wujud pakatan antara ADUN Barisan Nasional untuk mengemukakan USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR YAB DATO’ AHMAD B. SAID di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini


Walaupun penafian tentang dakwaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid dibuat, Menteri Besar masih mempercayai usaha tersebut masih ada dan akan dibuat di Dewan Undangan Negeri.

Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

abdul mubin ismail0 komen

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN

Menteri Besar Terengganu tidak pernah mendakwa wujud pakatan antara ADUN Barisan Nasional untuk mengemukakan USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP beliau di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri

ISU NO. 7 DAN JAWAPAN

6. Pada 14 April 2009 lebih kurang jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terngganu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid bersama-sama 9 lagi ADUN Kelab Penyokong Kerajaan telah berbincang keseriusan ancaman bunuh tersebut dan memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Dewan Negeri pada hari ini sehingga mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa. Apatah lagi pihak ADUN Kelab Penyokong Kerajaan difahamkan bahawa suspek masih lagi berkeliaran bebas dan kehadiran orang ramai di Dewan Undangan Negeri pada hari ini agak luar biasa.

Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

abdul mubin ismail0 komen

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN

SMS yang mereka terima berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” dan telah disahkan oleh YAB PM bukan daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu. SMS ini tidaklah tidak berbunyi “baik jgn YB hadir sidang DUN, YB tak sayang nyawa?”

Mereka dengan jelas menafikan tidak ada niat membuat undi tidak percaya kepada YAB MB, jadi mereka tidak ada kaitan pun dengan sms yang mereka terima berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?”.

Lain halnya jika mereka menerima SMS yang berbunyi “baik jgn YB hadir sidang DUN, YB tak sayang nyawa?”, sms ini mungkin menakutkan mereka dan bolehlah diterima sebagai alasan yang dhaif untuk tidak hadir sidang Dewan.

Perbuatan mereka juga telah membuatkan Polis Terengganu dalam keadaan tertekan, mewujudkan keadaan kononnya negeri ini tidak selamat lagi.

ISU NO. 6 DAN JAWAPAN

5. Hasil penemuan awal yang dibuat, terhadap carian nombor telefon bimbit 0199158369 didapati didaftarkan atas nama Hj W Ahmad SUSK MB, manakala nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti.

Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

abdul mubin ismail0 komen

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN

YB. Halim dalam kenyataannya , setelah menerima sms, beliau menyemak Diari Kerajaan dan mendapati nombor telefon berkenaan nombor SUSK.

Persoalannya macam mana Halim tergerak hatinya untuk buka Buku Harian Kerajaan bagi mencari penghantar sms?? dan menjumpai nama SUSK? ? Macam dah tahu sms tu datang dari SUSK ????,

Senario ini sama seperti kumpulan mereka sejak jam 10.00 malam lagi dah KERAH wartawan bagi membuat liputan SMS yang akan diterima pada jam 11.30 nanti ?????? tapi Rosol Wahid tersasar nombor tidak menerima dari no hp SUSK kerana mendaftar dengan MAXIS (yang mempunyai filter terhadap sms dari internet) ????

Lebih menghairankan lagi ke 3 mereka menerima sms daripada 2 nombor yang berlainan tetapi didakwa daripada nombor telefon bimbit 0199158369 yang didapati didaftarkan atas nama Hj W Ahmad SUSK MB.

Menurut laporan Polis yang dibuat oleh SUSK, beliau telah menafikan sms tersebut datangnya daripada telefon bimbit beliau. (yelah, sebab mungkin orang yang kena tuduh (Dr Ramzi) yang hantar dengan menggunakan komputer dari rumahnya di Kubang Parit kot…)

Untuk menguatkan lagi ketidakpercayaan dan keakuran puak mereka kepada kenyataan YAB PM dalam Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.” , Rosol Wahid mencipa satu lagi versi baru dengan menyatakan telefon Pegawai Kanan Pejabat Menteri Besar telah hilang sebelum waktu penghantaran SMS Ugutan, disensasikan lagi dengan kenyataan kenapa line telefon tidak diblock setelah kehilangan dan dimanufilasikan lagi setelah keesokan petangnya baru pewawai berkenaan membuat repot Polis.

FAKTA BERKAITAN:


Maxis telah mengumumkan bahawa mereka telah menyekat (filter) sebarang Anonymous SMS di mana Penerima hanya akanmenerima nombor berrcampur daripada komputer dan bukannya nombor Sender ID yang digunakan.

Dalam hal ini Rosol mendaftar telefon mudah alihnya dengan MAXIS, sebab itulah beliau menerima sms daripada telefon bernombor +31234567890 (contoh nombor dari komputer) di telefon bimbit penerima.

Dua orang ADUN lagi menggunakan perkhidmatan CELCOM yang masih belum menggunakan filter di dalam Penerimaan Anonymous SMS dan sekiranya Penerima menggunakan Celcom, Sender ID yang diterima adalah sebagaimana pendaftaran Sender ID yang didaftarkan melalui internet contohnya jika sender ID ialah nombor telefon maka nombor telefon akan terpapar di Skrin Telefon Bimbit Penerima.

SMS Ugutan diterima pada jam 11.30 malam, tetapi mereka telah mengerah wartawan akhbar dan TV sejak jam 10.00 malam lagi memaklumkan satu repot Polis akan dibuat terhadap satu perkara yang besar.