Posted on Wednesday, June 03 @ 10:15:26 PDT by alghaib
Oleh: mohdnoorawang
Runtuhnya sebuah tamaddun yang dicpta oleh bekas menteri besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusuh yang cukup pupolaris dengan motto "IMPIAN MENJADI KENYATAAN", "MENCIPTA TAMADDUN MEMAHAT SEJARAH", "TIADA HALANGAN HANYA PELUANG", "TERENGGANU BISTARI ISLAM HADARI" dengan membangun Terengganu yang tidak terfikir oleh rakyat Terengganu menjadi wirid wajib oleh pemimpin umno Terenggnau dibawah Idris Jusoh.
Namun wirid yang diwar-warkan oleh Idis Jusoh dan kuncu-kuncunya tersungkur rebah menyembah bumi bagaikan "RUNTUH NYA BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN YANG BERUMUR 367 HARI". Hari Selesa 02.June 2009 negeri Terenggnu mencipta dan memahat sejarah yang sukar dilupakan.
Anih dan lucunya media tv milik kerajaan dan swasta tidak mengulas panjang berita runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan. Saolah-olah mahu menutup kisah hitam yang penuh tanda tanya cara menyiapkan stadium tersebut.
Harga RM300 juta pembinaan stadium tersebut berkecai dengan trajis "TIADA SIJIL SIAP KERJA ATAU CF". SILA RUNJUK KENYATAAN JKR TERENGGANU. AMAT MENDUKACITA SOLAH-OLAH MAHU MENIPU RAKYAT.
Untuk rekod pembaca siber TKO Stadium tersebut pernah mendapat kritikan pakar dan komen cara pembinaan dan struktur pembinaan dalam laman blog TKO dan blog persendirian. Namun dipandang dan dicemuh oleh juak-juak pemimpin umno.
Kami rakyat Terengganu memohon kerajaan Terengganu dibawah pempinan menteri besar yang berjiwa rakyat Dato' Ahmad Said membuat dan menyiasat dengan penuh teliti dan adil bagi mencari punca dan mungkin salahlaku pemimpin umno dan kerajaan ketika era Idris Jusuh.
Kedua kami meminta Dato' Ahmad Said dan kerajaan Terengganu membentang satu kertas putih dalam sidang dewan bulan Ogos ini untuk mencari titik kebenaran dan punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan.
Ketiga pehak Suruhanjaya Badan Pengjegah Rasuah Malaysia disarankan mula bertindak mencari dan menyiasat fail dukumen projek tersebut salahlaku atau sebaliknya. Jangan pandai berkokok ikut musin dan rentak pemimpin umno atau bising bagaikan "ITEK KENA GANDAR".
Akhirnya kami rakyat Terengganu mahu satu justifikasi yang adil dan jangan jadi menundung bangkai gajah atau membuat "pekak badak" jika ada yang bersalah atau salah laku individu tertentu adili dengan saksama. Jangan menipu rakyat. sekian .
No comments:
Post a Comment