Monday, August 3, 2009

ISU NO. 3 DAN JAWAPAN

3. Seterusnya dalam blognya Rosol mengulas bahawa …”Saya difahamkan bahawa polis masih menyiasat...cuma ada kabar angin mengatakan bahawa sms tersebut dari sim card yang diklon. Kalau betul amat malang pihak kami bertiga kerana sms daripada sms kad klon. Dan inilah kali pertama saya dengar sim kad telefon diklon. Saya biasa dengar kredit kad dan Kad Pengenalan diklon. Wallahualam.

Sekarang sibuk di pejabat mb...orang yang disyakki...dikatakan menghilang. Ada yang mengatakan telah ditukar...ada yang kata di beri cuti. Cuti sakit atau cuti rehat...Mana satu yang betul...tunggu dan lihat...Dan berbagai-bagai versi...Ada yang royat beliau ke Bukit Takal Kemaman...Walau bagaimanapun saya dan rakan-rakan mendoakan kesejahteraan kepada beliau sekeluarga. Moga beliau dirahmati dunia dan akhirat... Amin...

Kemuncak ialah sms ugutan...saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi. Ada mencemarkan imej kami dengan mengatakan bahawa kami dayus dan berpakat atau merancang sms tersebut. Kenapa tinggal dan berlegar dihotel tidak takut tetapi hadir ke sidang dewan tidak berani? Jawabannya kerana suspek utama kes ini masih berlegar di dewan. “

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN

Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

Tapi menghairankan 10 orang ADUN ini tidak mempercayai dan menghormati pengesahan ketua mereka ia itu YAB. PM dan yang juga merupaan Presiden UMNO. Melalui kenyataan akhbar, blog dan “road show” mereka terus membawa isu SMS ugutan ini.

Seterusnya marilah kita membaca petikan daripada blog hambali1.blogspot.com

Monday, May 11, 2009

SIAPA YANG FASIK & PENYEBAR FITNAH?

Seorang penjengok blog saya, menggelarkan dirinya insan memetik Buletinonline.net 9 Mei 2009 dengan tajuk “Idris Jusoh Wajar Disiasat, sekiranya Ramzi Benar-Benar Hilang”.
Kenapa pula mahu mengaitkan Dato’ Seri Idris Jusoh dalam soal ini? Apa kena mengena Pengerusi MARA itu dengan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir?

Apakah hanya kerana Dr Ramzi bekerja dengan Idris, Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini mahu dipalitkan?
Tidak adil dan tidak masuk akal. Apakah hanya kerana Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menyarankan agar polis turut menyiasat bekas Menteri Besar Terengganu itu, kerana menurutnya Ramzi adalah merupakan orang kanan dan orang kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh, kita juga turut terpengaruh?

Persoalan seperti “Adalah menimbulkan kemusykilan, bagaimana polis tidak tahu diaman ia berada, Datuk Seri Idris Jusoh tidak tahu di mana Pegawai Khas beliau berada ?” dan “kehilangan 'misteri' Ramzi semestinya diajukan kepada Datuk Seri Idris Jusoh kerana Ramzi adalah merupakan orang kanan dan kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh,” tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatikan Idris.


Malah, bergantunglah kepada polis untuk menyiasat walaupun AMK Terengganu mengatakan pihak polis wajar turut menyiasat Idris Jusoh dalam menyelesaikan kebuntuan polis atas ‘kehilangan Pegawai Khas Pengerusi Mara’ serta siasatan kes SMS ugutan bunuh tersebut.

Bagi saya Idris langsung tidak nampak kena mengena, malah beliau tidak pun mengeluarkan sebarang ulasan.


Kalau mahu dikira, ada beberapa individu melalui blog mereka sewajarnya disiasat, apalagi mereka seakan mencabar kerja polis. Ada antaranya yang mengaitkan isu sms ini dengan ‘konspirasi politik’.

Seorang ADUN yang mempunyai bloknya mengulas mengenai sms pada 6 Mei lalu berkata: “Kemuncak ialah sms ugutan...saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi…”

Seorang lagi ADUN yang bergelar Ustaz menulis melalui blognya pada 14 April lalu lagi sedap apabila memulakan postingnya dengan Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Beliau berbicara mengenai “SMS Ugutan – Siapa” pada 14 April, 2009 dan kini terbukti Ustaz ini juga ‘sesat jalan’. Ini kerana menurut uztaz berkenaan: “SMS tersebut gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab yang menfitnah kami dari kalangan YB agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB…Oleh kerana keselamatan kami YB BN terancam, kami bersepakat untuk tidak menghadirkan diri dalam persidangan tersebut.”

Ada tiga perkara di sini, pertama sms ada kaitan dengan ‘usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar” dan kedua ialah “bimbang mengenai keselamatan”. Ketiga dan paling menarik ialah ‘fitnah’. Sebenarnya siapa fitnah siapa?

Kalau menurut susur galur siasatan polis, yang menyebabkan timbulnya fitnah dan sebagainya terhadap ustaz dan kawan-kawannya bukan daripada pejabat Menteri Besar. Jadi bersesuaian dengan surah al-Hujurat, ayat 6 di atas, siapa yang fasik dan membawa perkhabaran tidak benar?

Saya ingin mengulangi di sini bahawa berdasarkan empat laporan akhbar, pihak yang membawa berita dusta dan menjadikan keadaan huru hara seketika di Terengganu bukan dari pejabat Menteri besar dan teliti:


1. Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

2. Laporan Sinar Harian (23 April 2009): Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

3 . Laporan Utusan Malaysia (23 April 2009): ): Ketua Polis Neger, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa lelaki berusia 31 tahun itu tiada kaitan dengan Pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa sebelum ini; dan

4. Laporan Berita Harian Online (24 April 2009) bertajuk “Ramai lagi ditahan” melaporkan “Sumber memberitahu, kerani berkenaan ada kaitan dengan 10 ADUN yang memulaukan hari kedua siding Dewan Undangan Negeri pada 14 April lalu.”

Sementara itu, ada juga blog seakan menyokong mereka yang membuat tuduhan kononnya pegawai pejabat Menteri Besar melakukan sms ugut bunuh itu apabila pemilik sebuah blog memuatkan kata-kata berikut pada 27 April lalu:

“Saya naik malu dan tergemang bulu roma bila baca tulisan dalam satu laman blog yang tidak percaya bahawa polis menafikan polis mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Zuber yang kononnya dikaitkan dengan penghantaran sms ugutan bunuh kepada ADUN Barisan Nasional (BN). Saya nampak penulis blog itu hanya seronok membaca laporan yang memihak kepadanya sahaja tetapi beliau tidak boleh menerima satu kenyataan yang berbeza.
Labih bahlul lagi, dia sanggup menyalahkan wartawan dan akhbar yang membuat laporan dengan mencetuskan pelbagai persoalan yang saya

anggap bertaraf tepi jalan sahaja. Tapi, saya tak hairan sangat dengan perangai macam itu kerana talian hayatnya sedang berada di hujung tanduk. Bagi saya, penulis itu tidak faham mengenai politik Terengganu dan sejarahnya.

Maklumlah dia datang ketika menang saja dan mendapat ehsan pula bekerja di bawah orang nombor satu di negeri ini. Jika dia mengerti dan memahami sejarah politik Terengganu, dia tidak akan menulis begitu. Sebab itu, ramai orang tidak senang dengan penulis itu … maaflah, terpaksa berkata benar.”

Saya tahu dan faham siapa beliau maksudkan sebagai yang tidak faham dengan politik Terengganu dan ‘dia datang ketika menang saja’.

Sementara seorang lagi penulis blog yang memetik teks yang kononnya disediakan oleh YB Alias b. Abdullah iaitu Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu beretarikh14 April 2009, berkata: “Ekoran daripada ugutan yang dibuat oleh YAB Dato’ Ahmad b. Said pada 8 April 2009 jam 9.30 malam di Kediaman Menteri Besar kepada ADUN yang hadir semasa pre-council, YAB Dato’ Ahmad b. Said terus membuat kenyataan berupa ugutan melalui kenyataan media pada 11 April 2009.

Kemuncak siri ugutan tersebut adalah UGUTAN BUNUH melalui sms yang dipercayai daripada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Wan Ahmad Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar. Ugutan bunuh tersebut merupakan suatu ancaman yang amat serius, ancaman keselamatan dan menimbulkan kebimbangan kepada ADUN-ADUN.

Apa pun , nampaknya kesemua blog yang saya maksudkan di atas, akhir-akhir ini tidak lagi menulis atau mengulas mengenai isu sms dan kenyataan polis mengenai Dr Ramzi.
Mungkin kerana sedar ‘menepuk dulang dan terpercik ke muka sendiri’ atau tidak mahu lagi meneruskan kerja yang berunsur fasik.

Kepada ADUN yang bertaraf Ustaz, adalah baik untuk menjelaskan semua kekeliruan kerana tidak salah untuk memperbetulkan keadaan dan menghilangkan kekeliruan rakyat daripada menanggung beban bersubahat menyebarkan berita yang tidak benar dan bersifat ‘fitnah’.

Mungkin kita juga boleh merenung apa yang diperkatakan oleh bekas Editor Watan Zabidi Hj Saidi melalui blognya pada 27 April lalu bahawa:

…hebat juga puak Idris mahu memalukan Ahmad Said terpaksa mencipta sms ugutan sendiri, sehingga tujuh orang yang tidak menerima ugutan pun tidak menhadiri sidang Dewan Undangan negeri. Jika benar Dr. Ramzi terlibat, maka 10 ADUN ini perlu letak jawatan kerana mereka tidak ada niat lain selain memalukan kerajaan BN sendiri. Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Hambali Abd Latiff1 comments

No comments:

Post a Comment