Monday, August 3, 2009

ISU NO. 7 DAN JAWAPAN

6. Pada 14 April 2009 lebih kurang jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terngganu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid bersama-sama 9 lagi ADUN Kelab Penyokong Kerajaan telah berbincang keseriusan ancaman bunuh tersebut dan memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Dewan Negeri pada hari ini sehingga mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa. Apatah lagi pihak ADUN Kelab Penyokong Kerajaan difahamkan bahawa suspek masih lagi berkeliaran bebas dan kehadiran orang ramai di Dewan Undangan Negeri pada hari ini agak luar biasa.

Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

abdul mubin ismail0 komen

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN

SMS yang mereka terima berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” dan telah disahkan oleh YAB PM bukan daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu. SMS ini tidaklah tidak berbunyi “baik jgn YB hadir sidang DUN, YB tak sayang nyawa?”

Mereka dengan jelas menafikan tidak ada niat membuat undi tidak percaya kepada YAB MB, jadi mereka tidak ada kaitan pun dengan sms yang mereka terima berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?”.

Lain halnya jika mereka menerima SMS yang berbunyi “baik jgn YB hadir sidang DUN, YB tak sayang nyawa?”, sms ini mungkin menakutkan mereka dan bolehlah diterima sebagai alasan yang dhaif untuk tidak hadir sidang Dewan.

Perbuatan mereka juga telah membuatkan Polis Terengganu dalam keadaan tertekan, mewujudkan keadaan kononnya negeri ini tidak selamat lagi.

No comments:

Post a Comment