Tuesday, September 8, 2009

Spin bodoh, tidak masuk akal oleh laman pembangkang

PENDAPAT

Oleh Pok Teh Bakap

Entah macam mana saya boleh terbaca sebuah tulisan bersifat spin bodoh pada laman pembangkang bertajuk ‘Ahmad Said Tolak Tawaran Menjadi ‘Menteri Pusat’ .

Menurut laman itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat.

Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’ sebagai ’pertukaran’ supaya beliau mengosongkan kerusi Menteri Besar Terengganu.

Saya tahu bahawa tiada tawaran demikian.

Lagipun, memang benar, Ahmad Said perlu memenuhi amanah Tuanku Sultan dan walaupun beliau tiada di persada pucuk pimpinan Terengganu, krisis akan berlaku.

Ini kerana kumpulan yang menentangnya kini pergi lebih jauh – bukan sahaja menentang Ahmad Said tetapi kepimpinan UMNO negeri diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Kumpulan yang menentang Ahmad Said mahukan orang daripada kumpulannya menjadi Menteri Besar dan orang penting di negeri.

Kenapa? Banyak sebab. Pertama menjaga kepentingan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh; dan;

Kedua, kembali merebut kekayaan selepas merasai perit hamper dua tahun berada dalam keadaan tenat kerana tiada ‘masyuk’ (projek dan duit).

Mereka tidak mampu lagi menaja ‘anak buah’ ke Indonesia, main golf dengan kedi wanita genit dan sebagainya.

Tidak ada keseronokan lagi untuk mereka, apalagi kini fail SPRM makin menebal.

Jadi tidak usah nak spinlah laman pembangkang. Tidak ada dan tidak akan ada tawaran pertukaran jawatan tersebut seperti didakwa.

Lagipun isu ini ditimbulkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya semalam.

Kalau sekadar mahu mengeruhkan keadaan, perbuatan ini amat berdosa lebih-lebih pada bulan mulia ini – Ramadan.

sumber: http://teganuku.blogspot.com/2009/09/spin-bodoh-tidak-masuk-akal-oleh-laman.html

No comments:

Post a Comment