Sunday, May 17, 2009

Bila Rosli buat, menjaja simpati, bila Rosol buat, jaja apa?

sumber: http://citra-bangsa.blogspot.com/2009/05/bila-rosli-buat-menjaja-simpati-bila.html

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
KHABARNYA, Blogger Abdul Mubin Ismail cukup risau apabila Umno bahagian-bahagian di Negeri Terengganu memulakan majlis penerangan isu-isu semasa, dengan satu tulisannya bertajuk YANG MENJAJA SIMPATI tersiar dalam blognya, ‘jaranganakmelayu.blogspot.com’.
Seperti biasa, tulisan Abdul Mubin sudah pasti menghina Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Blogger ini turut menyentuh kononnya Datuk Rosli sering menyebut nama blognya yang menjadikan blognya kini semakin diketahui ramai.
Bukan main suka bekas PA Datuk Din Adam di Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu ini, apabila dia mendakwa disebabkan Datuk Rosli sering menyebut nama blognya, maka semakin ramai yang sudah tau dia mempunyai blog dan menulis dengan penuh kebiadapan.
Tetapi jauh di sudut hatinya, dia sudah semakin resah, gelisah dan risau dengan laporan polis yang dibuat Pergerkan Pemuda Umno Bahagian Kemaman terhadap satu blog yang menyentuh Institusi Sultan di Terengganu.
Kalau Datuk Rosli adakan majlis penerangan di Bahagian Dungun, kenapa ada kerisauan di dada Abdul Mubin? Atau, kerisauan itu juga merupakan kerisauan Datuk Din Adam yang merupakan bekas boss Abdul Mubin barangkali kerana Datuk Din Adam yang kalah sebagai Ketua Umno Bahagian Dungun, terpaksa balik kampong asalnya di Besut selepas ini kerana dia bukan anak jadi Dungun walaupun menjadi ADUN Bukit Besi.
Sebenarnya, secara jujurnya, majlis-majlis penerangan yang Datuk Rosli adakan di Dungn memang sepatutnya diadakan sejak hari pertama Geng 10 memboikot sidang DUN Terengganu dulu. Ini kerana, rakyat memang harus diberitahu kisah sebenarnya dan jangan beri peluang kepada Geng 10 melakukannya.
Khabarnya, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak membenarkan sesiapa menganjurkan majlis sedemikian kerana bimbang akan berlaku perpecahan. Malangnya, kejujuran dan keikhlasan Datuk Ahmad Said tidak dihormati kumpulan dari Geng 10 apabila ada majlis serupa diadakan di Besut dan Jabi, di mana bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rosol Wahid tampil memberi ucapan.
Bukan main dahsyat Idris membelasah Datuk Ahmad Said dan pita ucapannya itu sudah tersebar di merata tempat. Ada pihak yang memberitahu, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga sudah dimaklumkan perkara ini.
Kenapa ketika Idris dan Rosol terlibat, Abdul Mubin tidak menyentuhnya sebagai ‘menjaja simpati’ tetapi apabila Datuk Rosli yang adakan majlis seumpama ini, ia dikategorikan sebagai ‘yang menjaja simpati’.
Sebenarnya, orang Melayu di Terengganu cukup malang mempunyai seorang wartawan yang pernah menjadi PA kepada Exco Belia dan Sukan yang tahap pemikirannya, terlalu rendah dan cetek. Dia menulis dengan niat untuk menghina orang, menghina gelaran yang orang gunakan sedangkan dia tentunya tahu apakah hokum ‘menghina’ dengan tujuan memperendah-rendahkan kreadibiliti orang lain.
Ketika dia sendiri tidak suka dirinya dihina, acap kali juga dia ulangi kata-kata dalam tulisannya, yang terlalu peribadi hingga menyebabkan ada akan meletakkan dia sebagai ‘pencacai tua pengangkat najis’. Bacalah tulisannya. Tidak ada langsung fakta dan kata-kata yang oleh mendatangkan faedah kea rah perpaduan dan kebaikan .

No comments:

Post a Comment