Sunday, May 17, 2009

MB Terengganu kekal, terima kasih TPM !!!

sumber: http://pemudaumnokemaman.wordpress.com/2009/05/17/mb-terengganu-kekal-terima-kasih-tpm/

Oleh Zainal Yusof (dipetik di citra-bangsa.blogspot.com)

UMNO Kemaman terus gahTIADA perkataan yang dapat dilafazkan oleh rakyat Terengganu apabila mendengar kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mengesahkan Datuk Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu.
Hanya terima kasih sahaja yang boleh mereka ucapkan, walaupun tidak terus kepada TPM tetapi, secara senyap-senyap mereka melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana doa mereka telah dimakbulkan Allah.
Sejak dua bulan lalu, kegelisahan rakyat Terengganu seperti tidak dapat disorok-sorok. Mereka bukan sahaja gelisah, malahan mereka juga resah. Gelisah dan resah itu datangnya dari gembar-gembur yang tidak habis-habis ditimbulkan mereka yang mengelarkan diri sebagai Geng 10.
Bermula dari memboikot siding Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Geng 10 terus menerus menimbulkan ketegangan dengan mengadakan beberapa siri ‘road-show’ bertujuan menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan rakyat Terengganu.
Bukan itu sahaja, mereka (Geng 10) turut mengadakan rombongan ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan mesej buruk dan hodoh itu kepada Perdana Menteri (PM) dan TPM, agar kedudukan MB dengan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, tergugat.
Kebetulan, dalam menyusun atur semula kedudukan penyandang-penyandang jawatan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri-negeri, nama Datuk Ahmad Said sedikit tergugat.
Jawatan Pengerusi diserahkan kepada Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein manakala Datuk Ahmad, dilantik sebagai timbalan.
Bukan main bersorak Geng 10 menerima berita itu. Malahan, ada yang bersedekah pisang ke masjid kerana mereka menyangkakan usaha mereka merosakkan imej Datuk Ahmad telah ‘termakan oleh PM dan TPM’ hingga menyebabkan mereka menggelarkan Datuk Ahmad sebagai ‘diturunkan pangkat’.
Malahan, ada blogger yang selama-lamanya mahu menyaksikan Datuk Ahmad dijatuhkan menulis…jeng, jeng, jeng,,,kalau jawatan pengerusi sudah beralih, tunggulah masanya jawatan Menteri Besar pula akan tercabut.
Malahan, ada blogger yang menyebut tarikh 12 Mei 2009 adalah hari dimana PM atau TPM akan mengumumkan nama MB Terengganu yang baru, kononnya kerana PM dan TPM sudah membincangkan dengan Geng 10, untuk memenuhi hasrat Geng 10, supaya MB Terengganu ditukar.
Namun, apabila Tan Sri Muhyiddin mengumumkan di Kuala Terengganu, 16 Mei lalu, empat hari selepas tarikh yang menjadi ramalan Geng 10 dan blogger anti Datuk Ahmad Said bahawa MB Terengganu kekal kepada Datuk Ahmad, ada antara Geng 10 yang ‘basah seluarnya’ kerana terkejut.
Malahan, ada yang sudah mula marah-marah dengan bomoh yang mereka jumpa untuk membantu mereka menukarkan MB Terengganu dengan orang lain, salah seorang dari anggota Geng 10.
Khabarnya, Geng 10 sudah mempunyai senarai ‘kabinet bayangan’ untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri, tetapi dengan kata-kata Tan Sri Muhyiddin bahawa; “Kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar,” maka mereka (Geng 10) terus mengadakan perjumpaan di kedai gelap dekat Kuala Berang untuk menyusun strategi baru.
Hari ini, beberapa anggota Geng 10 mula sibuk membuat kenyataan demi kenyataan kononnya mereka bukan lagi Geng 10 kerana sudah semakin ramai ADUN Terengganu yang menyokong gerakan mereka (Geng 10) untuk terus menjatuhkan Datuk Ahmad Said.
Malahan, tanpa rasa bersalah (dan segan silu) Geng 10 turut mengeluarkan kenyataan, mereka sudah mendapatkan sokongan dari kalangan Exco yang kini dilihat bersama-sama Datuk Ahmad Said untuk menyokong mereka.
Apakah gerakan ini gerakan halal? Apakah Lembaga Disiplin Umno atau Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin tidak boleh bertindak untuk memberhentikan ‘gerakan sia-sia ini’ agar Umno dan BN kembali kuat dan tidak menyebabkan kegelisahan terus menerus melanda rakyat Negeri Terengganu?
Dari satu tarikh ke satu tarikh disebut dan disebarkan kononnya ‘kedudukan MB Terengganu’ sentiasa bergoyang dan jika tarikh 12 Mei sudah berlalu, mereka akan meramalkan Datuk Ahmad Said akan dipecat pada 12 Jun pula.
Selepas tarikh 12 Jun nanti, mereka akan meramalkan 12 Julai pula dan begitulah seterusnya kerana Geng 10 yang sebahagian besarnya sudah tidak berjawatan di dalam Umno di peringkat bahagian, memang tidak ada kerja lain, selain dari meramalkan tarikh kejatuhan Datuk Ahmad Said, berjumpa bomoh di Indonesia dan akhir sekali, memberitahu orang ramai, Geng 10 sudah menjadi Geng 18 – bukan untuk membela nasib rakyat Terengganu tetapi mereka mahu menjatuhkan Umno dan Menteri Besar yang sedang bekerja untuk membangunkan rakyat Negeri Terengganu.

Difailkan dalam: Uncategorized

No comments:

Post a Comment