Monday, August 3, 2009

ISU NO. 4 DAN JAWAPAN

3. Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21 malam, YB Abd Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri telah menerima sms ugutan yang sama kandungan daripada telefon bimbit bernombor 0199158369 yang dipercayai milik Wan Ahmad bin Wan Muda, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu. (Laporan Polis K.Terengganu No.003286/09).

c) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21malam, YB Zakaria @ Ariffin bin Abdullah ADUN Paka juga telah menerima sms yang sama kandungannya daripada telefon bimbit bernombor 0199158369. (Laporan Polis K.Terengganu 003285/09).

Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

abdul mubin ismail0 komen

-------------------------------------------------------------------------

FAKTA & KENYATAAN


DR RAMZI ‘BELUM MUNCUL’

Polis Terengganu memberi masa hingga hari ini kepada Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.


Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle berkata, tempoh tiga hari yang diberikan kepada Ahmad Ramzi bermula Jumaat akan berakhir hari ini.

Namun setakat semalam, pihaknya tidak menerima apa-apa maklum balas daripada bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu.


"Setakat ini, kita tidak menerima apa-apa maklum balas daripada beliau mahu pun daripada ahli keluarganya

Jika masih tiada apa-apa maklum balas sehingga esok, kita akan mengeluarkan waran tangkap,” kata ketika dihubungi mStar Online.

Jumaat lalu, polis Terengganu memberikan tempoh tiga hari kepada Ahmad Ramzi supaya tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga ADUN BN negeri itu bulan lalu, selepas usaha mengesan beliau gagal.

Laporan Malaysiakini Jumaat lalu menyebut, polis memberi 72 jam mulai petang ini kepada bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh untuk tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata jika Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya.

Bercakap kepada media di Kuala Terengganu Jumaat lalu, beliau berkata polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal, lapor Bernama.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-62 46 222.

Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.

Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.

Menurut agensi berita itu lagi, Hamzah berkata polis setakat ini mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

"Kita mengalukan kerjasama daripada keluarga Dr Ramzi untuk menasihatkan beliau supaya tampil bagi mempercepatkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya.

Pada 13 April lalu, ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid; Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka, dipercayai berhubung desas-desus pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Cerita selanjutnya klik sini!...

Hambali Abd Latiff0 comments

FAKTA & KENYATAAN


Isnin, 11 Mei 2009

LAMAN UTAMA

Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kerana gagal tampil bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, SAC II Hamzah Mohd Jamil, berkata sehingga jam 3 petang ini, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu,

Datuk Seri Idris Jusoh, masih belum memberikan keterangan walaupun sudah diberikan tempoh tiga hari untuk berbuat demikian.

"Sebagaimana yang dimaklumkan dalam sidang media yang lalu, kita memberikan beliau tempoh tiga hari untuk tampil sebelum waran tangkap dikeluarkan dan tempoh itu berakhir pada jam 3 petang ini.

Waran Tangkap Keatas Ramzi

Written by Wartawan Buletin

Tuesday, 12 May 2009 00:17

KUALA TERENGGANU – Satu Waran tangkap akan dikeluarkan kepada bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Idris Jusoh Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ekoran kegagalan beliau tampil membantu siasatan berhubung kes ‘SMS Ugut Bunuh’.


Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, SAC II Hamzah Mohd Jamil yang turut menjelaskan, sehingga jam 3 petang semalam Ramzi masih belum memberikan keterangan walaupun telah diberikan tempoh tiga hari untuk berbuat demikian.

"Sebagaimana yang dimaklumkan dalam sidang media yang lepas, kita memberikan beliau tempoh tiga hari untuk tampil sebelum waran tangkap dikeluarkan dan tempoh itu telah berakhir pada pukul 3 petang ini (Isnin)

"Sehingga pukul 3 petang tadi (Isnin), belum ada tanda-tanda yang menunjukkan Dr Ramzi muncul atau datang memberikan keterangan berhubung kes itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Isnin.


Katanya polis akan meminta kerjasama daripada Jabatan Imigresen serta Interpol bagi mengesan Ramzi, yang juga bekas calon BN bagi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lalu.

Katanya polis turut meminta keluarga Ramzi serta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kedudukannya, menghubungi balai polis yang berhampiran.

Bernama melaporkan, Ramzi dicari polis kerana beliau merupakan antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung SMS ugutan yang diterima tiga Adun BN iaitu Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada malam 13 April lepas.

Peristiwa itu membawa kemelut politik UMNO Terengganu menjadi lebih tegang apabila 10 Adun termasuk tiga yang menerima SMS itu memboikot sidang DUN Terengganu yang diadakan pada

14 April lalu.


Ramzi merupakan orang kanan bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh, yang kini dimaklumkan menjadi PEGAWAI KHAS kepada PENGERUSI MARA (siapa Pengerusi TUUU?)

Idris ‘dianugerahkan’ jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) selepas gagal kembali sebagai Menteri Besar Terengganu apabila pihak istana Terengganu tidak perkenan (reject!!!) kepada beliau (malu wuuuu).

NASIONAL

Ahmad Ramzi kena tahan kes SMS ugut

Oleh Hamid Salleh
bhkt@bharian.com.my


AHMAD RAMZI ditahan dan dibawa
ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala
Terengganu, semalam.

Polis siasat Setiausaha Politik bekas MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu menahan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 42, di sebuah hotel di sini, jam 8.30 pagi semalam (kene igat tu.. wuuu!! Orang gini la deris ambik jadi calon... sabik tu rosol, din adam, lias, alim nge ya Paka (SRP dok lepas) dok rok cetong blaker lening).

Polis yang mendapat maklumat Ahmad Ramzi tiba dari Kuala Lumpur jam 5 pagi dan menginap di hotel itu, menahannya bagi membantu siasatan kes penghantaran SMS ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), pada 14 April lalu

AHMAD RAMZI DITAHAN

12/05/2009 1:48pm

KUALA TERENGGANU 12 Mei – Polis Terengganu hari ini menahan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada pertengahan April lalu.

Ahmad Ramzi ditahan pada pukul 8.30 pagi ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment