Monday, August 3, 2009

PENDAHULUAN

Tujuan ARTIKEL ini ditulis adalah ikhlas cetusan hati dari seorang rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang tidak ‘bias’ kepada mana-mana pihak. Ianya ditulis semata-mata untuk menceritakan mengenai keadaan sebenar yang berlaku di Negeri Terengganu. Ianya bertujuan untuk memberikan gambaran kepada umum bahawa kemelut yang berlaku di Terengganu bukanlah berpunca daripada pihak Menteri Besar. Ianya berpunca dari gpetualang-petualang yang bertujuan bagi menjatuhkan YAB Dato’ Ahmad bin Said yang kini mentadbir Negeri Terengganu dengan jayanya dan dengan penuh telus dan ikhlas.
Berikut adalah beberapa tohmahan oleh pihak-pihak petualang kepada YAB Dato’ Ahmad bin Said (yang dipetik dari blog penyokongnya) yang diikuti oleh jawapan kepada setiap tohmahan tersebut. Ternyata tohmahan yang diberikan adalah tidak berasas sekiranya anda semua membaca setiap jawapan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment