Monday, August 3, 2009

ISU NO. 5 DAN JAWAPAN

4. Akibat daripada SMS ugutan bunuh tersebut, telah menimbulkan ketakutan bukan sahaja kepada ADUN-ADUN yang menerima ugutan tersebut sahaja malah ia menimbulkan ketakutan kepada ADUN-ADUN BN yang lain terutama ADUN penyokong Kerajaan tentang ancaman keselamatan nyawa mereka. Apatah lagi pada sebelah petang hari tersebut 13hb April 2009, difahamkan bahawa pejabat MB telah menghantar sms kerahan kepada orang-orang Kemaman supaya hadir ke Dewan Undangan Negeri pada 14 dan 15 April 2009 untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Said.

Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

abdul mubin ismail0 komen

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN

MB tidak pernah telah menghantar sms kerahan kepada orang-orang Kemaman supaya hadir ke Dewan Undangan Negeri pada 14 dan 15 April 2009 untuk memberi sokongan kepadanya. Tetapi pada 18/5/09 satu Road Show di Jertih, DS Idris menghentam DAS dan Pegawainya sebagaimana rakaman (sila klik rakaman)

SMS yang mereka terima berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” dan telah disahkan oleh YAB PM bukan daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu. SMS ini tidaklah tidak berbunyi “baik jgn hadir sidang DUN, YB tak sayang nyawa?”

Mereka dengan jelas menafikan tidak ada niat membuat undi tidak percaya kepada YAB MB, jadi mereka tidak ada kaitan pun dengan sms yang mereka terima berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?”.

Lain halnya jika mereka menerima SMS yang berbunyi “baik jgn hadir sidang DUN, YB tak sayang nyawa?”, sms ini mungkin menakutkan mereka dan boleh lah diterima sebagai alasan yang dhaif untuk tidak hadir sidang Dewan.

Perbuatan mereka juga telah membuatkan Polis Terengganu dalam keadaan tertekan, mewujudkan keadaan kononnya negeri ini tidak selamat lagi.

No comments:

Post a Comment