Monday, August 3, 2009

ISU NO. 1 DAN JAWAPAN

LAPORAN PENUH ISU UGUTAN BUNUH MELALUI SMS TERHADAP ADUN-ADUN BARISAN NASIONAL TERENGGANU

KRONOLOGI PERISTIWA :

1. Pada 11hb April 2009, YAB Dato’ Ahmad b. Said, Menteri Besar, membuat kenyataan dalam Sinar Harian dan di nota kaki TV 1, dengan secara prejudis mendakwa kononnya ADA USAHA DARIPADA ADUN-ADUN BN MEMBUAT PAKATAN UNTUK MENGEMUKAKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR di dalam sidang dewan kali ini dan beliau ‘memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin serta dipecat daripada ADUN’. (Nota Kaki TV 1 jam 5.30 petang 11 April berbunyi : ”MB Terengganu Dato’ Ahmad Said : Anggota Dewan Undangan Negeri BN yang bawa usul tidak percaya kepada beliau bakal diambil tindakan disiplin dan dipecat”).

Pada 12hb April 2009, YB Dato’ Rosol Wahid, selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menafikan laporan tersebut di dalam akhbar Sinar Harian dan menganggap bahawa Menteri Besar membuat dakwaan liar dan tidak berasas kerana takut kepada bayang-bayang sendiri.

Disediakan oleh xxxxx
xxxxx Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.
disediakan oleh abdul mubin ismail @ 11:20 AM 0 komen

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN MENGIKUT FAKTA & KENYATAAN
Fakta diatas sebenarnya sudah diputar belit. Semasa sidang akhbar perasmian Zoo Bukit Takar, Kemaman. Ketua Biro Utusan Melayu mengemukakan soalan kononnya ADA USAHA DARIPADA ADUN-ADUN BN MEMBUAT PAKATAN UNTUK MENGEMUKAKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR di dalam sidang dewan kali ini .

MB telah memberi jawapan dengan menyatakan tindakan disiplin seperti mereka dipecat akan diambil oleh PIHAK ATASAN parti dan bukannya MB yang akan pecat ADUN sepertimana yang didakwa oleh geng-geng ini.

No comments:

Post a Comment